Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Friday 14 December 2012

please be nice with me..

~assalamualaikum

aku sedaya upaya sedang cuba untuk crack CS6 ni..tapi..kalau dah dapat download semua pun, aku tak reti nak buat menatang ni macamana..hadoish!

please someone ajar me untuk  buat benda tu..ingatkan paling upgrade pun photoshop..ghupenyer..ada jugak flash.. --"

breath in..breath out..sumpah I tak mempunyai kesabaran yang tinggi untuk benda-benda macam ni..dah lah subjek baru..aku dah totally tak ingat apa-apa apa function keyframes tu..haish..yang aku ingat class aku 2 hari seminggu..tapi..assignment bersepah..

if someone dapat bantu untuk buat flash ni..I belanja dia makan..kalau jarak jauh..I belanja top-up..I nak belajar oke..bukan suruh buat..huwaaa...!!

 

Wednesday 12 December 2012

Serabut Sabut Kelapa

~Assalamualaikum

yeah! ini bukan entry untuk resipi masak gulai lemak cili api, tapi untuk bagitau keserabutan kepala aku ni..

ergh! Laptop yang tak berapa laptop tu rosak pulak! dah lah takde duit nak repair.. Semalam mintak tolong cik abang formatkan sekali dengan install. Tiba-tiba petang tadi dia mintak pendrive 8GB..mana I nak carik ni!! I memang ada external hardisk..tapi...dalam tu ada movies..lepastu movies tu hilang sebab kena virus! pendrive I pun sama!! Laptop tu rosak sebab word tak boleh bukak..$^*$#$%#$#$& (ini bukan mencarut..cuma tulisan bahasa sanskrit) :P

Memang pendrive tu kena kosong..yeah! nak benda free sangat kan?? Aku tak sangka yang aku kena belajar buat flash sem ni! uish! RAM laptop tu ciput je..mana I nak sumbat? Bawak laptop lah cenggini!

Jadi dengan rasa sedihnya, aku pun text lah  abang Firdaus..nak mintak tolong format laptop ku yang hino ini (macam nama lori pulak..), pastu dia kata format RM35..tsk tsk..sebab before this dia je lah orang yang sanggup datang rumah ambik laptop..sesungguhnya aku tak tau kedai dia kat mana..tsk tsk! Aku rasa aku rela kot nak delete semua file dalam external hardisk..ataupun..aku rela habiskan duit untuk repair segala bagai..

Aku bukannya ada duit sangat pun..nak berjimat cermat sebab ada professional event..so..urm..walaupun orang kata aku untung sebab tinggal dengan family, tapi tak semestinya bil internet, astro tu family aku bayar wei..duit minyak, duit barang dapur..eee...! tapi alhamdulillah syukur at least i able to see muka dyorang setiap hari..

Mintak maaf lah pada member2 aku yang rasa aku ni nak lari2 dari dyorang..aku cuma takde mood nak enjoy je sekarang..nak jimat duit nok.I takde sugar daddy nak bagi duit tiap bulan..sugar dadih ada lah..bapak aku (sampai hati aku panggil dia dadih..), instead aku rasa lebih happy duduk rumah sebab boleh main2 dengan Jasmine and boleh tolong apa yang patut kat rumah..sorry ya! :)

 

Wednesday 28 November 2012

Istanbul Aku Datang and Twilight

~assalamualaikum

alhamdulillah nak dekat dua minggu demam, baru sembuh..pheww! Well saja tulis entry ni sebab minggu ni dua kali tengok muvi!! Betapa berlagaknya aku di fidunnya sebab sepanjang sem5 ni tak tengok movie pong..ada lah sekali..itu pun dah hujung-hujung sem..

After register untuk new semester, terus text fizi untuk confirm balik jadi ke tak tengok movie. Bawak adik dia uollsss!! Itu pun dah lewat, around 3.30 p.m baru sampai bandar..then semua movie yang berhajat nak tengok, semua tengah now showing. Pusing punya pusing satu mall tu, akhirnya aku decided nak tengok Istanbul Aku Datang and bukan senang nak yakinkan member aku sorang tu tengok citer Melayu (katanya). Lagi best bila Safuan join skali tengok citer tu. Komentar tegar filem Melayu. Cewaah! Jangan marah saya ^-^

Komen aku untuk cerita tu? Cute! I know some of us ada pertikaikan  ayat yang Tomok cakap lebih kurang macam ni "sini kan negara Islam..tak manis lah kalau berpeluk-peluk macam tu..". Then Lisa cakap "Alah kat Malaysia boleh je?". Waktu tu Safuan ada cakap kat aku "apa yang best cerita ni sampai ada dialog yang malukan negara sendiri?", aku pun jawab "dialog tu cuma sindiran je.."

Part paling comel bila Lisa thought that Beto tu was a gay. Setiap kali teringat yang Beto was a gay je, tiba-tiba Lisa terbayangkan Beto berpeluk dengan mamat Istanbul tu, siap ada pelangi uolls! --" and i nampak Lisa cute dengan legging tu..badan dia nak chubby sikit kan?

Cerita Twilight baru tengok petang tadi..HOHOH! Seperti biasa Kristen Steward semakin cantik and banyak benda yang unexpected dalam Breaking Dawn Part2 ni. Part Volturi and Vampires bergaduh tu superb! Dah sejuk beku dah aku tengok, sebab Edward's dad mati..

The huge wolfs pun best! Ada junior baru! Comel! And tak sangka yang Jacob ada affair dengan Renesmee.. Awesome  punya holiday!

~wassalam!


Sunday 18 November 2012

Kawan dan Keluarga. Mana lagi Penting?

~Assalamualaikum

Salam Awal Muharram everyone! Ye aku tau aku lambat wish..semoga kita semua memulakan hidup yang lebih baik dan dapat tingkatkan ibadah kepada Allah..

Ada yang tanya mana penting dalam hidup ni? Keluarga atau Kawan?

Keluarga tu sebenarnya lagi penting. Atau yang lebih spesifik lagi ibu bapa. Betul tak aku kata, 

Kalau kita ada masalah dengan kawan, pada siapa kita akan share masalah tu?

Kalau kita ada masalah dengan roomates/housemates sampai terpaksa keluar rumah, dengan siapa kita akan inform dulu?

Kalau kita dah berkahwin/bertunang dan kita putus tunang atau bercerai, rumah siapa kita akan tuju?

Jawapannya: KELUARGA, KELUARGA, KELUARGA, KELUARGA.

Oke. Kalau family tak bagi sokongan pada kita? Dengan siapa kita akan mintak tolong? Mesti dengan sepupu atau saudara mara terdekat. Dan kalau semua saudara mara kita, keluarga kita tak nak tolong kita, barulah kita mintak tolong dari kawan. Jadi yang paling utama sekali adalah keluarga.

Tak semua kawan kita jahat, tapi tak semua baik. Ada masa, sesetengah dari mereka pentingkan diri sendiri, tak nak terbabit dengan masalah yang MUNGKIN berpunca dari diri mereka sendiri. Tapi ada juga yang baik dan sentiasa dengar dan faham masalah kita, tapi tak bermakna bila dia sentiasa mendengar masalah kita, 24jam kita nak cerita masalah kita. Kita kena tahu, dia mungkin ada masalah YANG LAGI BESAR dari kita. Sebab orang yang empathy ni mereka pernah melalui pengalaman yang LAGI TERUK dari kita.

Berapa percent kepercayaan kita pada kawan-kawan kita? Kalau kita ada masalah dengan kawan, adakah dengan kawan jugak kita cerita semua benda? Confirm and confident ke yang kawan-kawan kita TAKKAN BUKAK CERITA/AIB kita? Sebenarnya kita tahu yang rahsia kita takkan bertahan lama kalau kita cerita kat member-member kita, tapi disebabkan oleh beberapa faktor, contohnya: masalah dengan boyfriend, open ke family kita nak dengar masalah kita? Kadang-kadang aku sendiri ni pun malu nak cerita pasal boyfriend ni.. :P

Jadi kita sendiri kena fikir jugak mana yang patut diutamakan. Tapi yang pasti parents kita, SILA JANGAN SESEKALI kita ketepikan mereka. Aku ni pun bukanlah arif sangat pasal benda-benda macam ni, sebab nafsu butakan mata kita dan kita melihat apa yang kita nampak dari luar, bukan dari dalam. Waktu baru nak "UP" jadi remaja dulu, semua benda campak tepi. TAPI family kita sebagai orang dewasa kena jadi matang dan lebih sabar.

Orang tua kata, "orang muda ni darahnya panas". Sebab tu kita selalu nak marah dan tak nampak kesan baik buruk. Bagi aku as a "orang muda", KAMI ANGGAP orang yang berusia SUKU ABAD cukup matang untuk mendidik dan mengajar kita. Api tak boleh lawannya Api. Ego tak boleh lawan dengan ego..

~wassalam



Friday 2 November 2012

NOTE!

~assalamualaikum

last week someone posted at his wall post..tentang cakap tak serupa bikin. Contohnya kita post kat fb suruh orang solat, mention pasal hadith, but kita sendiri pun malas and tak praktikkan benda tu. Well, sorry kalau sebelum ni aku ada persoalkan "Alah kau tu bukan baik sangat pun, ada hati nak jadi ceramah orang". Tapi semalam sembang punya sembang dgn member aku, ada satu benda yang kita patut tanam dalam diri kita..


" Bila seseorang itu tulis perkara-perkara yang berunsurkan keislaman, kata-kata nasihat SEDANGKAN diri dia sendiri SEORANG YANG SOSIAL, JANGAN sesekali kita MENGHENTAM dia dengan kata-kata nista. Perlu kita ingat APABILA ROH TERPISAH DARI JASAD, maka doa dari anak yang soleh, sedekah dan ilmu membantu kita di alam barzakh (kalau nak tau lebih kena tanya ustaz oke?). Misal kata dia share kat fb tentang khasiat surah Kursi, and kita terbaca dan start dari hari tu kita praktikkannya, WALAUPUN orang yang post benda tu TAK PERNAH PRAKTIKKAN. Tapi bila kita meninggal dunia itu yang membantu kita di 'sana'. Apa yang penting sekarang ni kita PERLU LIHAT pada APA YANG DIUCAPKAN oleh orang tersebut dan BUKAN SIAPA orang tu"


"Kita semua PANDAI CAKAP (MANA ADA MANUSIA SEMPURNA) tapi kenapa kita hentam orang yang post benda-benda baik?"


I tak pernah cakap I alim, tapi I try carik mana nak mula? macam mana nak kekalkan? I tak pernah cakap I ni sangat baik. Mungkin ayat aku salah sebab aku cakap "jom kite ramai-ramai pakat pakai tudung. Bukan ke selangkah kite keluar rumah tak pakai tudung, ayah kite yang akan terseksa di sana nanti? (kalau anak perempuan dia belum kawin). And i pun ada mention jugak I pesan ni untuk diri sendiri jugak sebab kadang-kadang ikut suka je nak tanggal tudung. Beberapa hari kemudian I kena hentam. Ada orang cakap "Kau pun pakai tudung cukup-cukup makan je, legging dgn skinny pun pernah pakai ada hati nak nasihat orang". Maybe dia tak perasan  yang first 3rd blog aku ada pernah cakap yang "aku teringin nak kurus pastu nak pakai skinny". And aku ada cakap "patutlah tak kurus-kurus sampai sekarang, niat tak baik..".  Tapi kan, macamana dia tau aku pernah pakai legging?? Pernah tu memang pernah, waktu swimming class, dua kali, lepastu gua malu sebab gua sangat gemuk untuk pakai mendalah tu

I mintak maaf lah kalau ada salah silap pada orang tu sampai buat dia naik angin tahap apa, tapi i tak pernah kata i TAKKAN BUKAK TUDUNG. Sebab i MASIH tercari macamana nak kekalkan tutup aurat ni, apa pakaiana sesuai, kadang-kadang i was'nt realise yang baju or tudung i pakai tu ternampak leher or jarang..SORRY~

~wassalam

ihsan idea dari 
Ms. Adieyla Abdul Malek and Mr. Amirulhaq Amran (bukan boyfriend saya)

Thursday 1 November 2012

50 things people never know about me

~assalamualaikum..

aku ada nampak kat twitter tentang #100thingsaboutme (yeke?). Tapi untuk tulis kat twitter 100 benda tu memang tak akan aku buat. Menyusahkan aku sebab banyak sangat nak kena taip, dan menyusahkan orang lain sebab penuh dengan tweet aku kat timeline dyorang..

memang kita sebenarnya tak bagus sangat untuk nilai diri kita, kawan-kawan maybe boleh (sikit je oke). Tapi parents kita sebenarnya lebih tahu siapa kita...so ini adalah 42 benda tentang aku, walaupun korang tak nak tahu, tapi aku nak bagitau jugak..

1. Dila adalah seorang: Yang rajinnya tak lama. Kalau rajin satu rumah boleh dia bersihkan

2. Dila adalah seorang: Yang suka masak!

3. Dila adalah seorang: Suka masak untuk orang lain, tapi kalau orang tak makan makanan 
                                  yang aku buat tu, sentap gilaks! -_____-

 4. Dila adalah seorang: Sangat bersungguh-sungguh bila rajin aku datang! Contohnya, kalau
                                   aku masak untuk lunch,aku akan buat dessert. Siap buat plating  
                                   giteew!

 5. Dila adalah seorang: Yang tak sedar diri bila aku tengah bergurau senda dengan abang 
                                  aku

 6. Dila adalah seorang: Yang tak suka tunggu orang waktu pagi-pagi buta, sebab aku akan
                                   mudah rasa nak buang air besar :P *tak senonoh*

 7. Dila adalah seorang: Prefer duduk rumah sorang-sorang daripada keluar pegi shooping
                                  sebab duit selalu takde. Sedih!

 8. Dila adalah seorang: Yang tak kisah orang lain pakai Blackberry ke, iPhone ke, Tab ke.

9. Dila adalah seorang: Tak sabar

10. Dila adalah seorang:  Tak sabar dengan budak-budak yang degil dan pernah campak
                                    kereta mainananak sdara aku sampai bersepai

 11. Dila adalah seorang:  Bila marah, cakap orang semua tak guna

 12. Dila adalah seorang: Berlembut dengan kawan-kawan, walaupun kawan2 aku tak suka
                                    aku. Sebab aku ni susah nak dapat kawan sebab mulut takde..

13. Dila adalah seorang: Yang mudah bengang bila aku dalam nada bergurau, tapi kawan dia
                                   atau sape-sape yang ada kat situ ambik benda tu terlalu serious

 14. Dila adalah seorang: Yang takkan give up walaupun apa yang dia buat tu tak berjaya.
                                    Contohnya, kalau aku fail buat kek, hari esok,lusa, tulat aku akan 
                                    terus cuba walaupun kena tebalkan muka nak tanya orang.

 15. Dila adalah seorang: Banyak tanya bila benda tu aku betul-betul tak tau

 16. Dila adalah seorang: Akan cepat lupa bila hal sindir menyindir aku. --"

 17. Dila adalah seorang: Akan cepat-cepat mintak maaf atau pujuk orang yang dia dah 
                                    buat salah

 18. Dila adalah seorang: Pembenci Penfitnah

19. Dila adalah seorang: Pencabar

 20. Dila adalah seorang: Yang tak ambik kisah bila ada yang terasa dengan kata2 dia. 
                                   Sebab kalau kata2 tu bukan untuk kita, kita tak perlu terasa.

 21. Dila adalah seorang: Very welcoming bila ada orang nak kawan dengan dia

22. Dila adalah seorang:  Yang tak akan menangis bila melibatkan hal family. Mak aku 
                                    menangis pun aku buat bodo. Sebab..

 Dan kalau mak aku menangis, aku takkan menangis sebab orang yang ada masalah tu akan terbeban bila tengok anak dia pun menangis.

23. Dila adalah seorang: Yang tabah bila takde siapa pedulikan dia.

 24. Dila adalah seorang: Yang kuat.walaupun satu sekolah fitnah dia

 25. Dila adalah seorang: Keras hati untuk maafkan orang lain bila diri dia kena fitnah

 26. Dila adalah seorang: Akan sentiasa tersenyum bila berhadapan dengan orang yang benci dia

 27. Dila adalah seorang: Ambil berat

 28. Dila adalah seorang: Gemuk

 29. Dila adalah seorang: Bila ada masalah..MAKAN!

 30. Dila adalah seorang: Pendengar yang setia bila kawan-kawan dia atau family dia ada masalah

 31. Dila adalah seorang: Kuat verangan

 32. Dila adalah seorang: Melatah

 33. Dila adalah seorang: Anak bongsu

 34. Dila adalah seorang: Yang benci bawak payung (ladies sgt katanya)

 35. Dila adalah seorang: Takkan bawak tisu unless tengah selsema.

 36. Dila adalah seorang: Tak boleh makan daging banyak sangat sebab nanti sakit kepala

 37. Dila adalah seorang: Nak yang terbaik untuk semua orang

 38. Dila adalah seorang: Mempunyai cita-cita yang tinggi

 39. Dila adalah seorang: Yang suka ayam! (ayam masak merah!)

 40. Dila adalah seorang: Seorang yang degil

41. Dila adalah seorang: Yang alah dengan semua aksessori yang bukan emas..cess! Kalau 
                                   yang plastik oke je, yang jenis silver tak tau apsal tak boleh
                                   Kulit ni gedik giler



42. Dila adalah seorang: Melatah --"





Wednesday 31 October 2012

Aidiladha 2012!

assalamualaikum..

hey! happy Aidiladha for everyone. Yup. Aku memang tak boleh tido..well..sebab siang tadi dah membuta giler %&*&%## Padan muka aku!

Alhamdulillah hari raya kali ni dapat beraya kat kampung..err..homestay..kyteorang bagi nama "Homestay Saadiah". And banyak perubahan. Sungai kat depan rumah tu, dah jadi kem, and baru-baru ni ada cadangan nak bangunkan chalet kat situ. Sebab susah lah budak-budak ni ada camping tapi tempat nak berehat terhad.

Pagi raya kami, my auntie buat mee kari.. orang lain buat ketupat, kita buat mee..siap je solat sunat Aidiladha, semua pergi ke kampung hilir. Boleh jalan kaki, tapi mengada nak bawak kereta jugak..takut make-up cair lettew!



Lihat bagaimana bersemangatnya mereka bersembang. Yang bestnya dua-dua pakai kain pelekat! --"

Ini namanya Pak Jabit VS Pak Abu..hehehehe..jangan marah..gambar ni aku buat teknik Fake Tilt Miniature..Tapi macam tak pun..Aku letak gambar ni sebab pada mata aku nampak macam dalam cermin..But it was not..Aku ambik gambar ni dari jarak 10kaki gitu..

Next, kami pergi ke rumah saudara kyteorang. Suami dia baru meninggal dalam 3bulan lepas tak silap, and dia ada sorang anak yang sindrom.

Dalam pukul1 gitu kami balik memandangkan kaum Adam kena solat Jumaat. Dalam pukul3 lebih kami pegi beraya ke Peruang, rumah kazen aku. Giler lah sedap gua melantak sebab mak dia buat rendang daging sedap giler.

Next kami pergi ke Bukit Kolam. Waktu tu jujur aku cakap, aku mampu bawak diri aku je. Dah tak mampu nak makan kat situ. Minum air je.

And the next day pergi ke Tempoyang, kat Kuala Lipis. And pergi kenduri. Yang paling best, raya tahun ni kurang makan daging..banyak makan ayam! omnomnom!

Actually banyak lagi nak cakap, tapi malas nak taip. Boleh gitu? So mari nantikan kedatangan Awal Muharram ;)

Sunday 21 October 2012

You Know Who You Are

~assalamualaikum

yup..!cuti sudah bermula! Maka bermula lah kerja hamba sebagai seorang pedagang cake! ceewah! Thanks to all yang bagi sokongan and peluang untuk saya belajar *macam menang award giteww!*

And then, malam-malam before nak tidur ni, kita muhasabah diri sikit. Actually for a few days, otak bercelaru sikit. Mak's said, "Kalau nak berkawan..cari yang betul-betul". But unfortunately selalu dengan berkawan i'm not showing who really I am.. Seriously..it's like everything was fake! Tahu?

For a time being, saya cuma mampu berdiam diri and mintak bagi saya for a few days, rasanya..7hari kot, to think about everything. Terpaksa lah buat solat sunat istikharah. I knew it's cliche to some of us..Konon nak cari jodoh. But saya buat untuk pilih patut tak saya berkawan dengan orang ni, and saya mintak kalau saya berkawan dengan mereka and boleh membawa akibat buruk pada diri saya, agama saya dan kehormatan saya.. I hope Allah show me the way..

This is not to show off I ni baik ke apa.. Tapi bak kata Fedtri..kita sebenarnya hari-hari kena buat solat sunat istikharah sebab hari-hari kita kena buat keputusan yang terbaik dalam hidup kita..

If let's say Allah tak bagi petunjuk atau gerak hati kat saya, so I have to decide by my self je lah..  Harap semua oke..

And lastly..walaupun nampak macam buang tebiat nak mampus, I would like to say.. Thanks to   everyone yang selama ni banyak sokong aku, and walaupun tak dapat bantu tapi mendengar bebelan aku and the most important skali, I nak mintak maaf to everyone..those yang terasa, or yang terkilan dengan perangai aku.. and to my sibling's.. I have 5 brother's..Mereka sangat menjaga aku, and may be ada di antara mereka terlalu menjaga sampai aku rasa tertekan..Sesiapa yang terlibat secara tidak langsung dalam makian aku.. *Most buang tebiat speech from me*

And ini lagu untuk korang..

 

~wassalam

Thursday 18 October 2012

Zaman Serba Salah

~assalamualaikum

pernah tak rasa buat itu tak kena, buat ini tak kena? Zaman sekarang memang buat apa-apa pun orang pandang serong. Contohnya kalau korang berpakaian seksi, then ada sorang pak cik ni pandang kau atas bawah atas bawah and kata:

"Tak cukup kain dah nak buat baju?". 

And tiba-tiba pada suatu hari korang rasa nak berubah, korang pun pakai la sopan-sopan, korang terjumpa dengan pak cik tu lagi and dia kata: 

"Hah! dah ada 'isi' lah tu?"




Situasi yang kedua bila korang seorang perempuan yang single (tak berkahwin,tak bertunang dan tak ada boyfriend), tapi pada masa yang sama korang rapat dengan sorang lelaki..and kawan-kawan korang cakap: 

"Alah si Senah tu....suka kat jantan tu lettew! Ishk! Syok sendiri betul kan?". 

Dan disebabkan fitnah orang merata-rata, korang pun buat keputusan untuk tak berkawan dengan lelaki tu dah..malangnya kawan korang akan cakap.. 

"Eh, Senah! Kenapa kau tak berkepit dah dengan jantan tu? Kau tak dapat dia lah tu kan?"



Situasi yang ketiga bila dalam satu komuniti tu, ada seorang hamba Allah yang orang ramai tak suka dengan dia. Disebabkan korang tak nak dikaitkan dengan mana-mana lelaki, korang pun berkawan lah dengan hamba Allah yang dibenci ramai ni. Walaupun korang sebenarnya tak rapat pun dengan hamba Allah tu, orang sekeliling akan nampak korang rapat SEBABnya takde orang nak kawan dengan hamba Allah yang dibenci ramai ni..and orang sekeliling korang akan kata: 

"Hah! Rapat je tu! Ni mesti kawan baik ni. Habislah ada batu api ni"

Korang pun nak elakkan fitnah, dah tak berkawan lah dengan hamba Allah tu..and orang sekeliling akan cakap:

"Kau dah tak kawan ke dengan Milah tu? Dulu kemain rapat kan? Nape? Dah tak tahan dah??"



Dan situasi ni akan terus berlaku. Sedar tak apa yang kita buat, semua orang pandang serong. Lebih-lebih lagi kalau kita ni tak banyak bersosial, tak banyak mulut and bla bla bla. And lebih-lebih korang ni forever alone giteww..

If ada yang pernah berhadapan dengan macam tu, ATAU yang pernah dan selalu pandang serong pada orang bagitau dyorang: 

"Tak bermakna aku diam, aku tak marah dengan korang. Aku ada perasaan. Orang yang jarang marah ni, sekali marah bergegar jantung. Aku boleh buat apa je yang aku suka selagi benda tu Halal di sisi Allah. Tolong la fikir pasal orang lain, hati orang, MARUAH orang terutamanya"

Kerana mulut badan binasa



Sunday 14 October 2012

chocolate for weeding gifts

~assalamualaikum

hari semalam sabtu ikhwan's brother kawin..so it is a jemput menantu..ikhwan tu kazen aku and disebabkan tak berapa ada modal nak beli hadiah yang mahal-mahal, so kami buat sendiri..


                                                     LALALALALA POOOF!



it's for aiman and wanie..er..actually hazwanie..tapi tak cukup space pulak..so nak tak nak..terpaksa la kami memendekkan nama anda..suka hati aku je.. --"

and then yang ni yang dah siap packing..

                                                                zamzam alakazam!


sila abaikan segala ketidakseimbangan color..cantik kan??if korang nak buat order untuk doorgift ke,birthday present ke..just call 0199878047..tapi kalau nak menggatal atau verangan nak jadi pervert, sila bertaubat cepat sebab saya akan cepat-cepat call police.

oke..disebabkan dah meroyan sorang-sorang, so aku gatai pi alih ribbon tu


haaa..cantik tak?cantik tak? gila tak?? sekian itu sahaj post saya di kala keboringan ini..ahahahahaha..

~wassalam

Wednesday 10 October 2012

just take care of yourselves. PLEASE

~assalamualaikum

just want to share something..



Secara jelasnya korang kena dengar aku meroyan yang tak ada punca..acheit! Saw this lyrics and saja nak share meaning of this song.
I know you've been hurt by someone elseI can tell by the way you carry yourself.If you let me, here's what I'll doI'll take care of you I've loved and I've lost.
"we are all sinners. And very few people accept in others
 the flaws that sometimes, they even carry around. This is
 not about people that have changed but two sinners, that 
loved and lost, because of who they are, and they tell each
 other they accept one another just the way they are" 


I've asked about you and they've told me thingsbut my mind didn't changeI still the feel the samewhat's a life with no fun, please don't be so ashamedI've had mine, you've had yours we both know, we know.
"No need to change "I've had mine, you've had yours, we
 both know". Yes, it refers to the past but the second verse
 talks about the now." 

They don't get you like I willmy only wish is I die realcause that truth hurts, and those lies healand you can't sleep thinking that he lies stillso you cry still, tears all in the pillow case,big girls all get a little tastepushing me away so I give her spacedealing with a heart that I didn't break.I'll be there for you, I will care for youI keep thinking you, just don't know
try to run from that, say you're done with thaton your face girl, it just don't show.When you're ready, just say you're readywhen all the baggage just ain't as heavyand the parties over, just don't forget mewe'll change the pace and we'll just go slow.You won't ever have to worry,you won't ever have to hide,you've seen all my mistakes,so look me in my eyes.

'Cause if you let me, here's what I'll doI'll take care of you (I'll take, I'll take, I'll take)I've loved and i've lost.

It's my birthday, I'll get high if I want to
"It's my birthday, I'll get high if I want to, can't deny that I
 want to but I'll lie if I have too" : see how he still lies? They
 won't change. "

can't deny that I want you, but I'll lie if have to
cause you don't say you love meto your friends when they ask youeven though we both know that you do (you do).One time, been in love one timeyou and all your girls in the club one timeall so convinced that you're following your heartcause your mind don't control what it does sometimes
"Because she doesn't tell her friends how she cares, "you
 and all your friends in a club one
 time,all so convinced that you're following your heart
 cause your mind don't control what it
 does sometimes."" .
We all have our nights though, don't be so ashamedI've had mine, you've had yours, we both know, we know.You hate being alone
"So...
 even now that she keeps doing mistakes, he forgives her
 because he understands her. Now : "You hate being 
alone" 
you ain't the only oneyou hate the fact that you bought the dreamand they sold you one
"He hates being alone so he understands that she has to
 go see somewhere else in the meantime before they are
 ready for one another. She hates the fact that she is
 falling in love again with him and she fears to be able to
 trust him... But she does." 

you love your friends but somebody shoulda told you somin',to save you, instead he said;
don't a-ha-ha-ha-ha,tell me a-ha-ha-ha-ha,I don't care a-ha-ha-ha-ha,If you're hurt a-ha-ha-ha-ha.I won't a-ha-ha-ha-ha,tell you a-ha-ha-ha-ha,you don't care a-ha-ha-ha-ha,if you're true a-ha-ha-ha-ha,
yang ni macam menyindir bunyinya
and bagi aku ayat yang sepatutnya
" don't YOU
 tell me THAT

i dont care ABOUT YOU" :p

don't a-ha-ha-ha-ha,tell me a-ha-ha-ha-ha,I don't care a-ha-ha-ha-ha,If you're hurt a-ha-ha-ha-ha.I won't a-ha-ha-ha-ha,tell you a-ha-ha-ha-ha,you don't care a-ha-ha-ha-ha,if you're true a-ha-ha-ha-ha,

but at the other side, it could be
DON'T TELL ME. I DON'T CARE IF YOU'RE HURT

I WON'T TELL YOU. YOU DON'T CARE IF YOU'RE TRUE

 THAT YOU DON'T LOVE ME


I know you've been hurt by someone elseI can tell by the way you carry yourselfif you let me, here's what I'll do
"In the end, he wants her to be honest and so does she.
 And they will find their way :)"