Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 15 July 2014

selamat tinggal mak

~assalamualaikum..harini genap seminggu pemergian mak..





Noriah binti Aripin nama diberi..dilahirkan pada 13 Januari 1951 di Jelebu, Negeri Sembilan.. mak bukanlah seorang selebriti, tapi dialah cinta hati kami semua..berkat kesabaran membesarkan 7orang adik beradik, dan pernah menjaga beberapa orang cucu, mengeratkan kasih sayang antara kami dan mak..

Setelah hampir dua bulan lebih mak sakit, lalu Allah menjemput untuk menghadapNya. Aku berada di semester 4.. semester yang pada mulanya aku rasa taklah sesibuk mana, tapi sebenarnya terlalu sibuk..tapi sesibuk mana, setiap masa dan ketika aku terkenang mak dan ayah aku..ada je kredit, call..ada je cuti balik..tapi aku tak sangka begitu cepat mak pergi dulu..

batuk mak dah lama..dah 10 tahun..tapi bila makan ubat ataupun ubat tradisional, eloklah balik..semenjak mak batuk, berat mak semakin susut..kata orang lain,cantik badan mak..tapi orang tak tau mak sakit..

betul..aku tak penat..malah aku rasa setiap yg aku buat berbaloi sangat..sebanyak 6kali kami bawak mak jumpa doktor,ustaz,doktor,ustaz,doktor dan begitulah seterusnya..tapi penyakit mak seakan tak mahu sembuh..pernah aku mempersoalan "kenapa doa2 ku seperti tak didengar?kenapa mak tak sembuh?" astagfirullahallazim..berdosa aku mempersoalkan apa yg Allah rancangkan..

setiap yg aku buat mesti sebab mak..nak buat kek oren sebab mak suka makan, nak beli petai sebab mak suka buat ulam..dan semuanya sebab mak.. kalau aku berjumpa dgn org baru atau setiap benda yg berlaku dalam hidup aku setiap hari, semua aku beritahu mak.."adik kan..adik itu..adik ini" sebab dengan dia saja yg aku boleh bahasakan diri aku "adik"


 7 JUN 2014:
aku dengan abg yus ke raub sebab ada kenduri..aku tanya mak,sebab kalau dia pergi, aku pergi,kalau dia tak pergi baik aku tunggu mak kat Kuantan. tapi mak kata mak pergi..itulah kali terakhir aku, mak dan abah tidur di hotel..walaupun ada rumah saudara terdekat..tapi kami pun tak mahu susahkan mereka..kenangan ni macam waktu abah selalu bawak aku, mak dan abg fadhil ke melaka dan ke k.l..


mak,abah dan abang bertolak dari kuantan, aku dgn abg yus dari shah alam..Allah je yg tahu betapa aku teringin nak jumpa mak..malam tu waktu akad nikah aku terus masuk ke rumah pak de dan mencarik kelibat mak..nak salam abah, dia pulak jadi saksi untuk akad.

sebelum paper pertama, aku balik untuk mintak restu mak dan abah, aku sampai di rumah mak kata, "kaki mak bengkak" betul aku terkejut..mungkin kalau mak aku berisi, aku tak terkejut begitu..tapi mak kurus..tambahan lagi dia sakit..

aku cuba check di blog2..jika ada cara rawatan yg aku boleh cuba..katanya bengkak tapi tak sakit ni disebabkan lebihan air dari badan..kalau aku picit kaki mak, lekuk dari yg kita picit tu lambat nak naik balik




25 JUN 2014:
paper pertama aku..paper tu petang..tapi aku bercadang nak balik pukul8 sebab bas petang pukul 4.30ptg..memang tak sempat..aku keluar dari examination hall..aku terus buka beg mencarik telefon..mungkin gadis2 sebaya aku tak sabar2 nak check mesej dari boyfriend..tapi aku?mak dan ayah je yg aku ada..1missed call from Emak. aku menelefonnya,

"adik dah kat dalam bas ke?" tak sabar mak bertanya
"tak..adik baru keluar dewan exam ni..baru habis"
"ohh..ingatkan dah nak sampai.."

perbualan diakhiri salam..begitulah selama 2bulan..mak tak sabar tunggu aku balik..bukanlah sebab aku ni anak emas ke apa..tapi aku je yg tak kawin dan boleh tido satu bilik dengan mak, dan segala kelengkapan mak aku boleh ambikkan walaupun pukul 2 atau 3 pagi..aku bawakkan kek lapis asam boi..mak memang suka..
 


1 JULY 2014:
lepas paper media law ..aku balik ke rumah..pukul8 jugak tiket..aku tengok mak makin tak berdaya..Tuhan je yg tahu dah banyak air mata mengalir sementara nak tunggu paper media law ni habis..aku tak tau apa yg aku jawab..setelah hampir dua bulan mak sakit, aku mahir buat kerja rumah

sampai satu ketika..aku tiba-tiba rasa penat..penat tengok keadaan mak macamtu..dia mengadu susah nak tidur..tak selesa nak tidur, kencing tak lawas dan sebagainya..aku mula tak sedap hati..tapi aku perlu didik hati aku supaya tabah..pukul 2 atau 3 pagi, pukul 7 pagi mak akan lapar, jadi aku akan panaskan lauk cepat2..betul..takde masa nak study..TAPI KALAU FAIL EXAM BOLEH REPEAT, KALAU MAK DAH TAKDE KITA TAK BOLEH REPLACE WITH ANYTHING...aku dah tak peduli waktu tu..kalau sekiranya mak masih tak sembuh dan berterusan macam ni...aku boleh extend belajar..sumpah aku tak kisah..

mak mula sakit rusuk, sakit perut, sakit kepala, susah nak tidur..aku mula tak sedap hati..ikut hati..aku nak panggil semua adik beradik aku tengok mak..mak dah mula buang air besar setiap kali dia makan..dia bukan cirit birit..setiap malam kalau mak terjaga,aku akan peluk dia erat2..walaupun dia terduduk..aku tau ayah aku risau..tapi dia pun uzur..sebenarnya mula2 mak sakit dulu mak dah mula tiba2 suka makan apa yg dia tak suka makan..tapi aku sedapkan hati..mak muda lagi..takkan mak nak tinggalkan kita dah?

burung murai mula riuh di hadapan rumah, burung gagak mula berbunyi bising..kenapa aku perlu mention semua ni?sebab mak kata kalau ada saudara mara terdekat nak meninggal mesti ada murai riuh mencicit depan rumah..entahlah..kata orang tua-tua..kadang2 buat lawak, mak ketawa jugak sesekali..terhibur dia..dan akulah pak lawak yg suka buat lawak bodoh..

5 julai 11.30 pagi, tiket balik aku ke shah alam..waktu tu abg yus dgn kak fydah ada balik..aku lega sikit..walaupun pada mulanya mak kata "kalau adik takde nanti siapa nak urut mak, picit mak tengah2 malam?" memang pantang mak terjaga laju tangan aku mengurut mak, bawakkan air dan makanan dalam dulang..

1ramadhan tahun ni sunyi sebab mak berbuka di bilik, abah berbuka di meja makan (sebab dia kena makan sikit lepas tu solat) dan aku, abg fadhil dan kak linda, berbuka di bawah..ya..sunyi..sesekali menjeling dalam bilik kot2 mak nak apa2...sepanjang Ramadhan aku dirumah waktu tu..aku selalu pergi ke Peramu..sehari sebelum aku balik tu, mak ada telefon dia kata dia nak sup tulang..sumpah 2hari sebelum tu aku dah carik takde..mungkin tak bukak lagi sebab aku pegi pun sebelum asar..

waktu aku bersalam dengan mak, mak bisik pada aku "belajar elok2 sayang.." betul..semenjak dia sakit aku dah lama tak dengar dia panggil aku sayang..tapi pelukan mak waktu tu lain..sayu,sejuk...aku hampir menitiskan air mata..

6 Julai 2014:
aku tak sempat bangun sahur..terbangun bila mimpi mak panggil aku "adik..". disebabkan semalam tak makan apa2..risau dengan perut aku yg dah sedia ada gastrik ni, aku berbuka lah..petang tu pulak aku ada exam..ikut hati nak balik je..takpe..sabar dila..seminggu lagi...

lepas exam terus aku call mak, tapi suara mak tak berdaya, aku nak teruskan perbualan tapi tak mampu..takpe..esok call..

7Julai 2014:
masih lagi berdoa agar mak dipanjangkan umur..setiap kali aku berdoa,kiranya sakit mak tu boleh berpindah pada aku, maka pindahlah pada aku..sebab mak dah tua tak berdaya..aku muda lagi..betul..tak sanggup aku tengok mak aku macamtu..mak selalu berdoa dia dipanjangkan umur, nak tengok cucu dia, nak tengok aku genggam segulung ijazah..

8 Julai 2014:
hari ketiga ni aku sempat bangun sahur..sebab tak tidur..pagi2 bangun terus kepala fikir nak makan apa berbuka ni..dah la sorang2 je..ternampak iklan chicken rice shop..teringat mak dgn aku setiap kali pegi ECM suka makan ni..nak order..tapi kan best kalau dapat makan dengan mak..nantilah..bukak sem nanti sebab mak kata nanti dia nak hantar aku pegi shah alam naik kereta..setiap kali pergi dia mesti nak berhenti kat R&R temerloh..balik pun sama..tengahari tu aku tertidur..aku mimpi mak panggil aku lagi "adikk...". aku terjaga..hati dah mula berdebar2..aku call mak..takde orang angkat. call skali lagi ada orang angkat, tapi tak dengar suara.

takpe..aku solat dulu semua..aku tengok ada mesej dari abg gie
ada dua "mak punya bengkak kaki dah surut, tangan dah hilang bengkak"
lepas tu solat asar, aku call lagi skali..abah angkat..

"assalamualaikum abah..abah sihat?mak macamana?dah elok?"
"waalaikumussalam..hah, semalam abg bawak mak pegi klinik, doctor bagi 4ubat..ni tadi kak ayine suapkan bubur yg abah buat, habis setengah mangkuk..ni dah tido setengah jam dah ni" kata abah dengan happy

aku mula berdebar..ya..mak tak pernah tidur selama tu..setengah jam tanpa bangun2..mungkin sebab effect lepas makan ubat..dalam hati aku nak je mintak abah kejutkan mak..sebab aku rindu nak dengar suara mak..tambahan mesej dari abg gie buatkan hati aku meronta2 nak tau..

takpe..nanti lepas berbuka call..makanan yg diorder dah sampai..teringin  nak makan garlic bread dgn soup pastu ada spaghetti.. pukul 7 ptg.. abg gie call..dalam hati aku "ni mesti mak takde kredit,nak call guna abg gie"

"dilah..mak takde dah"
"hah? awak bebetul lah..saya ada exam petang esok.."
"betul".waktu tu ada pulak incoming call dari abg yus
"okey2.nanti saya tanya abg yus"
"abg yus! saya nak balik..macamana saya nak balik..saya ada exam.."
"ye adik jap ye..abang tengah carik tiket, abg kat ipoh lagi.."

buntu..aku call fizi dgn una..takde org angkat..ya Allah! pada siapa aku nak mintak tolong..ye aku sorang2 kat rumah tu..dina ada..tapi aku pun tak rapat sgt dgn dia..tiket bas?mana ada dah waktu2 macamnie..

sampai dirumah aku buntu..ye jasad mak disitu terbujur kaku...mak lang dan mak andak membacakan yassin..aku tak percaya..sepanajng perjalanan aku tak tido..terus aku peluk abah yg tengah tido

"dilah..waktu aok talipon tadi, mak dah takde dah.."kata abah tersedu sedan..

"ye..adik tau abah.."

aku tau dalam ramai2 adik beradik aku,kak long paling terkilan sebab tak sempat tengok mak waktu sakit..duduk kat kedah..assignment dan kerja sebagai guru yg tak habis2 membuatkan dia tak sempat..kata kak long macam2 dia dah beli kelengkapan raya untuk mak..kelengkapan rumah..tapi bila jadi macamnie kak long tak tau nak buat apa..


semoga roh mak dicucuri rahmat..seronok melihat wajah mak yg tersenyum sewaktu memandikan jenazah..kami semua menyayangi mak..ameenn











Sunday 8 June 2014

what is relationship(s)?

~assalamualaikum

lama aku tak bukak blog sendiri..disebabkan harini nak login student portal kena tunggu dua jam, nak loading main page tak terbukak2 (mungkin server busy)..lalu tergerak hati aku nak update blog ni..

phuhhhh! *tiup sawang kat blog. Ye aku tengah mengantuk..jika ada typo sila abaikan..relationships ni ada banyak jenis, which everyone knew it..dengan Allah, dengan manusia dan sebagainya..dengan manusia ni pun banyak jenis, dengan mak ayah, dengan family, dengan kawan and ehem2..

betul tak aku kata sebenarnya perhubungan kita dengan manusia ni is more complicated? jom kita check dulu relationship kita dengan Allah. we actually expect for kesempurnaan dalam perhubungan..tapi kita jaga tak hubungan kita dengan dia? As how or more that you guys jaga hubungan dengan your boyfriend/girlfriend.

dulu aku selalu ada misuderstanding dgn my friends tau..kadang2 benda yang kecik boleh jadi sebesar panda..ewahh! tetiba panda. So bila aku ada masalah dengan kawan aku, dengan boyfriend aku abaikan mak ayah aku, and paling berdosa sekali abaikan hubungan dengan Allah..

ada tak diantara blog reader kat sini yang bila ada masalah dengan partner korang, dengan kawan korang, korang rasa nak marah kat Tuhan..nak tunjuk perasaan sampai tak nak solat, solat pulak laju2 macam ajaran sesat je..come to think of it..nak menangis rasa..*okey dah menangis dah pun

Kita sendiri pun tak ikhlas cintakan DIA, nak orang sekeliling cintakan kita dengan ikhlas? its not fair right? Bukan ke Allah suka orang yang menghormati ibubapa..dan kenapa kita layan kawan kita and partner kita lebih dari mak ayah kita? sebab ibubapa kita takkan lari?sebab mereka akan tetap doakan kita walau apa pun kita buat kat dia? Tapi..berkat ke hidup kita?

dulu time sekolah2 menengah, selalu je ada masalah dengan kawan2..walaupun kita tak pernah sentuh sensitiviti dia pun..Allahuakbar...aku pulak sikit rasa macam dunia ni tak adil..nak persoalkan apa Allah buat..tapi dia dah atur2 elok2 untuk kita..aku cerita zaman silam aku ni sekadar untuk pedoman supaya yg kat luar sana tak buat macamtu..

waktu aku umur 18 tahun, ada satu kes yang melibatkan sorang kawan aku (perempuan), so dia rasa tindakan dan niat baik aku tu membawa kecelakaan pada dia, jadi sampai sekarang dia awkward dengan aku. aku balik rumah aku pandang muka mak aku..so suddenly aku rasa aku ni jahat..

its kifarah (chuolzz panggil karma kan?), mak aku ni lah yang sangat susah hati bila aku balik rumah marah-marah, cuit sikit marah And dia buat semua benda untuk kebaikan aku tapi aku tak appreciate dan tak nampak langsung dia. Cuba kau balik tengok muka mak kau, muhasabah balik apa yg ko dah buat untuk dia sebelum ni? for those yg takde mak dah, korang sedekahkan al-fatihah dan doa tak untuk dia? since that apa2 aku cerita kat mak aku, and at the same time hilangkan rasa marah kita terhadap kawan kita tu dengan bawak mak keluar makan, belanja lah mak skali sekala, buat mak ketawa..ni tak.. aku lagi risaukan kawan aku marah aku dengan benda yg memang dia tak patut buat, risaukan boyfriend yang tengah marah, merajuk dari risaukan what your mom feels..sumpah aku rasa berdosa..

bila fikir balik, betul sesuatu masalah tu can solve by your action tapi at the same time kalau kita rasa malu nak cakap kat mak, cakaplah dengan Tuhan..Dia dengar kita..menangis lah sampai mata kau bengkak..apedehal kan..dia akan tunaikan apa yg kau mintak..tapi jangan mintak benda mengarut tau..mintak benda mengarut aku pun tak nak dengar.. -____-




bila dah besar gajah macamnie (*ah gajah pulak..tadi panda..), aku sebenarnya kena hormat kat ayah aku jugak..dia lah yang bersusah payah untuk kita sebelum ni..walaupun aku nampak.."eleehh..buat amendalah*..dia lah yang turun naik tangga bank, office bagai waktu nak mintak tukar tempat belajar dulu..walaupun kena herdik banyak kali sampai banyak kali kecik hati..tapi..dia ayah aku nonnn..takde dia, tak rasa la aku belajar sampai tahap ni..

bukan tak percaya kat kawan atau partner..but everyone pernah menipu kan..and me too...aku ni ada satu kepercayaan  "IF YOUR FRIENDS OR PARTNER TIPU ORANG LAIN, TAK MUSTAHIL DIA PUN PERNAH TIPU YOU". dan sedangkan dengan mak ayah sendiri pun kita pernah menipu..takkanlah kawan atau partner kita ni suci sangat sebab tak pernah tipu kita? tak kisahlah how many years, million years ke korang kenal..mungkin kawan korang dah banyak kali tipu orang..mungkin partner korang dah beriban2 scandal..tapi mujur tak kantoi je..(*jahat ah statement aku).

Kadang2 dalam sibling sendiri pun boleh jadi complicated lebih dari kawan..sebab kita membesar dengan mereka..lahir2 nampak muka dyorang..perangai annoy sibling korang dan perangai annoy korang tu dah khatam dah..boleh list down..but with no solution lah..am i right? sebab itu terjdi dan terhasilnya cerita2 adik beradik berebut harta..because of harta, boleh sampai carik gaduh 7keturunan tuuu..kadang2 depan2 mak ayah kata tak nak..belakang mak ayah mintak..kadang2 aku tak faham kenapa suka sangat ambik harta orang..adik beradik pulak tu..kalau duit gaji bersih kau rm500 kebawah logik lah dengan anak 3orang..memang tak cukup..tapi kalau anak sorang..huish..jangan dengki lah dengan harta orang..Allah dah atur baik2..complicated kan?SORRY TO SAY tapi orang2 macamnie tak tengok cerita2 macamtu kat TV..dyorang tengah berjimba..sebab tu macam takde kesan je..

maaf kalau ada kata2 yang menyinggung..cuma bila aku berhadapan dengan relationship(s) yang complicated ni..muhasabah diri balik je....what is relationship (s)?-its complicated..but if you understand why it is complicated, it is no longer complicated...

*gambar ikhsan google


~wassalam