Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 15 July 2014

selamat tinggal mak

~assalamualaikum..harini genap seminggu pemergian mak..





Noriah binti Aripin nama diberi..dilahirkan pada 13 Januari 1951 di Jelebu, Negeri Sembilan.. mak bukanlah seorang selebriti, tapi dialah cinta hati kami semua..berkat kesabaran membesarkan 7orang adik beradik, dan pernah menjaga beberapa orang cucu, mengeratkan kasih sayang antara kami dan mak..

Setelah hampir dua bulan lebih mak sakit, lalu Allah menjemput untuk menghadapNya. Aku berada di semester 4.. semester yang pada mulanya aku rasa taklah sesibuk mana, tapi sebenarnya terlalu sibuk..tapi sesibuk mana, setiap masa dan ketika aku terkenang mak dan ayah aku..ada je kredit, call..ada je cuti balik..tapi aku tak sangka begitu cepat mak pergi dulu..

batuk mak dah lama..dah 10 tahun..tapi bila makan ubat ataupun ubat tradisional, eloklah balik..semenjak mak batuk, berat mak semakin susut..kata orang lain,cantik badan mak..tapi orang tak tau mak sakit..

betul..aku tak penat..malah aku rasa setiap yg aku buat berbaloi sangat..sebanyak 6kali kami bawak mak jumpa doktor,ustaz,doktor,ustaz,doktor dan begitulah seterusnya..tapi penyakit mak seakan tak mahu sembuh..pernah aku mempersoalan "kenapa doa2 ku seperti tak didengar?kenapa mak tak sembuh?" astagfirullahallazim..berdosa aku mempersoalkan apa yg Allah rancangkan..

setiap yg aku buat mesti sebab mak..nak buat kek oren sebab mak suka makan, nak beli petai sebab mak suka buat ulam..dan semuanya sebab mak.. kalau aku berjumpa dgn org baru atau setiap benda yg berlaku dalam hidup aku setiap hari, semua aku beritahu mak.."adik kan..adik itu..adik ini" sebab dengan dia saja yg aku boleh bahasakan diri aku "adik"


 7 JUN 2014:
aku dengan abg yus ke raub sebab ada kenduri..aku tanya mak,sebab kalau dia pergi, aku pergi,kalau dia tak pergi baik aku tunggu mak kat Kuantan. tapi mak kata mak pergi..itulah kali terakhir aku, mak dan abah tidur di hotel..walaupun ada rumah saudara terdekat..tapi kami pun tak mahu susahkan mereka..kenangan ni macam waktu abah selalu bawak aku, mak dan abg fadhil ke melaka dan ke k.l..


mak,abah dan abang bertolak dari kuantan, aku dgn abg yus dari shah alam..Allah je yg tahu betapa aku teringin nak jumpa mak..malam tu waktu akad nikah aku terus masuk ke rumah pak de dan mencarik kelibat mak..nak salam abah, dia pulak jadi saksi untuk akad.

sebelum paper pertama, aku balik untuk mintak restu mak dan abah, aku sampai di rumah mak kata, "kaki mak bengkak" betul aku terkejut..mungkin kalau mak aku berisi, aku tak terkejut begitu..tapi mak kurus..tambahan lagi dia sakit..

aku cuba check di blog2..jika ada cara rawatan yg aku boleh cuba..katanya bengkak tapi tak sakit ni disebabkan lebihan air dari badan..kalau aku picit kaki mak, lekuk dari yg kita picit tu lambat nak naik balik




25 JUN 2014:
paper pertama aku..paper tu petang..tapi aku bercadang nak balik pukul8 sebab bas petang pukul 4.30ptg..memang tak sempat..aku keluar dari examination hall..aku terus buka beg mencarik telefon..mungkin gadis2 sebaya aku tak sabar2 nak check mesej dari boyfriend..tapi aku?mak dan ayah je yg aku ada..1missed call from Emak. aku menelefonnya,

"adik dah kat dalam bas ke?" tak sabar mak bertanya
"tak..adik baru keluar dewan exam ni..baru habis"
"ohh..ingatkan dah nak sampai.."

perbualan diakhiri salam..begitulah selama 2bulan..mak tak sabar tunggu aku balik..bukanlah sebab aku ni anak emas ke apa..tapi aku je yg tak kawin dan boleh tido satu bilik dengan mak, dan segala kelengkapan mak aku boleh ambikkan walaupun pukul 2 atau 3 pagi..aku bawakkan kek lapis asam boi..mak memang suka..
 


1 JULY 2014:
lepas paper media law ..aku balik ke rumah..pukul8 jugak tiket..aku tengok mak makin tak berdaya..Tuhan je yg tahu dah banyak air mata mengalir sementara nak tunggu paper media law ni habis..aku tak tau apa yg aku jawab..setelah hampir dua bulan mak sakit, aku mahir buat kerja rumah

sampai satu ketika..aku tiba-tiba rasa penat..penat tengok keadaan mak macamtu..dia mengadu susah nak tidur..tak selesa nak tidur, kencing tak lawas dan sebagainya..aku mula tak sedap hati..tapi aku perlu didik hati aku supaya tabah..pukul 2 atau 3 pagi, pukul 7 pagi mak akan lapar, jadi aku akan panaskan lauk cepat2..betul..takde masa nak study..TAPI KALAU FAIL EXAM BOLEH REPEAT, KALAU MAK DAH TAKDE KITA TAK BOLEH REPLACE WITH ANYTHING...aku dah tak peduli waktu tu..kalau sekiranya mak masih tak sembuh dan berterusan macam ni...aku boleh extend belajar..sumpah aku tak kisah..

mak mula sakit rusuk, sakit perut, sakit kepala, susah nak tidur..aku mula tak sedap hati..ikut hati..aku nak panggil semua adik beradik aku tengok mak..mak dah mula buang air besar setiap kali dia makan..dia bukan cirit birit..setiap malam kalau mak terjaga,aku akan peluk dia erat2..walaupun dia terduduk..aku tau ayah aku risau..tapi dia pun uzur..sebenarnya mula2 mak sakit dulu mak dah mula tiba2 suka makan apa yg dia tak suka makan..tapi aku sedapkan hati..mak muda lagi..takkan mak nak tinggalkan kita dah?

burung murai mula riuh di hadapan rumah, burung gagak mula berbunyi bising..kenapa aku perlu mention semua ni?sebab mak kata kalau ada saudara mara terdekat nak meninggal mesti ada murai riuh mencicit depan rumah..entahlah..kata orang tua-tua..kadang2 buat lawak, mak ketawa jugak sesekali..terhibur dia..dan akulah pak lawak yg suka buat lawak bodoh..

5 julai 11.30 pagi, tiket balik aku ke shah alam..waktu tu abg yus dgn kak fydah ada balik..aku lega sikit..walaupun pada mulanya mak kata "kalau adik takde nanti siapa nak urut mak, picit mak tengah2 malam?" memang pantang mak terjaga laju tangan aku mengurut mak, bawakkan air dan makanan dalam dulang..

1ramadhan tahun ni sunyi sebab mak berbuka di bilik, abah berbuka di meja makan (sebab dia kena makan sikit lepas tu solat) dan aku, abg fadhil dan kak linda, berbuka di bawah..ya..sunyi..sesekali menjeling dalam bilik kot2 mak nak apa2...sepanjang Ramadhan aku dirumah waktu tu..aku selalu pergi ke Peramu..sehari sebelum aku balik tu, mak ada telefon dia kata dia nak sup tulang..sumpah 2hari sebelum tu aku dah carik takde..mungkin tak bukak lagi sebab aku pegi pun sebelum asar..

waktu aku bersalam dengan mak, mak bisik pada aku "belajar elok2 sayang.." betul..semenjak dia sakit aku dah lama tak dengar dia panggil aku sayang..tapi pelukan mak waktu tu lain..sayu,sejuk...aku hampir menitiskan air mata..

6 Julai 2014:
aku tak sempat bangun sahur..terbangun bila mimpi mak panggil aku "adik..". disebabkan semalam tak makan apa2..risau dengan perut aku yg dah sedia ada gastrik ni, aku berbuka lah..petang tu pulak aku ada exam..ikut hati nak balik je..takpe..sabar dila..seminggu lagi...

lepas exam terus aku call mak, tapi suara mak tak berdaya, aku nak teruskan perbualan tapi tak mampu..takpe..esok call..

7Julai 2014:
masih lagi berdoa agar mak dipanjangkan umur..setiap kali aku berdoa,kiranya sakit mak tu boleh berpindah pada aku, maka pindahlah pada aku..sebab mak dah tua tak berdaya..aku muda lagi..betul..tak sanggup aku tengok mak aku macamtu..mak selalu berdoa dia dipanjangkan umur, nak tengok cucu dia, nak tengok aku genggam segulung ijazah..

8 Julai 2014:
hari ketiga ni aku sempat bangun sahur..sebab tak tidur..pagi2 bangun terus kepala fikir nak makan apa berbuka ni..dah la sorang2 je..ternampak iklan chicken rice shop..teringat mak dgn aku setiap kali pegi ECM suka makan ni..nak order..tapi kan best kalau dapat makan dengan mak..nantilah..bukak sem nanti sebab mak kata nanti dia nak hantar aku pegi shah alam naik kereta..setiap kali pergi dia mesti nak berhenti kat R&R temerloh..balik pun sama..tengahari tu aku tertidur..aku mimpi mak panggil aku lagi "adikk...". aku terjaga..hati dah mula berdebar2..aku call mak..takde orang angkat. call skali lagi ada orang angkat, tapi tak dengar suara.

takpe..aku solat dulu semua..aku tengok ada mesej dari abg gie
ada dua "mak punya bengkak kaki dah surut, tangan dah hilang bengkak"
lepas tu solat asar, aku call lagi skali..abah angkat..

"assalamualaikum abah..abah sihat?mak macamana?dah elok?"
"waalaikumussalam..hah, semalam abg bawak mak pegi klinik, doctor bagi 4ubat..ni tadi kak ayine suapkan bubur yg abah buat, habis setengah mangkuk..ni dah tido setengah jam dah ni" kata abah dengan happy

aku mula berdebar..ya..mak tak pernah tidur selama tu..setengah jam tanpa bangun2..mungkin sebab effect lepas makan ubat..dalam hati aku nak je mintak abah kejutkan mak..sebab aku rindu nak dengar suara mak..tambahan mesej dari abg gie buatkan hati aku meronta2 nak tau..

takpe..nanti lepas berbuka call..makanan yg diorder dah sampai..teringin  nak makan garlic bread dgn soup pastu ada spaghetti.. pukul 7 ptg.. abg gie call..dalam hati aku "ni mesti mak takde kredit,nak call guna abg gie"

"dilah..mak takde dah"
"hah? awak bebetul lah..saya ada exam petang esok.."
"betul".waktu tu ada pulak incoming call dari abg yus
"okey2.nanti saya tanya abg yus"
"abg yus! saya nak balik..macamana saya nak balik..saya ada exam.."
"ye adik jap ye..abang tengah carik tiket, abg kat ipoh lagi.."

buntu..aku call fizi dgn una..takde org angkat..ya Allah! pada siapa aku nak mintak tolong..ye aku sorang2 kat rumah tu..dina ada..tapi aku pun tak rapat sgt dgn dia..tiket bas?mana ada dah waktu2 macamnie..

sampai dirumah aku buntu..ye jasad mak disitu terbujur kaku...mak lang dan mak andak membacakan yassin..aku tak percaya..sepanajng perjalanan aku tak tido..terus aku peluk abah yg tengah tido

"dilah..waktu aok talipon tadi, mak dah takde dah.."kata abah tersedu sedan..

"ye..adik tau abah.."

aku tau dalam ramai2 adik beradik aku,kak long paling terkilan sebab tak sempat tengok mak waktu sakit..duduk kat kedah..assignment dan kerja sebagai guru yg tak habis2 membuatkan dia tak sempat..kata kak long macam2 dia dah beli kelengkapan raya untuk mak..kelengkapan rumah..tapi bila jadi macamnie kak long tak tau nak buat apa..


semoga roh mak dicucuri rahmat..seronok melihat wajah mak yg tersenyum sewaktu memandikan jenazah..kami semua menyayangi mak..ameenn











0 comments:

Post a Comment