Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday 23 December 2013

B.E.S (before exam syndrome)

~assalamualaikum

ini bukan istilah saintifik untuk penyakit. Aku buat sendiri..hehehehe..well actually berikut adalah sindrom2 yang kita akan dapat sebelum (beberapa hari sebelum) exam

1) waktu tu tengah gelabah nak siapkan assignment
    -ada assignment yang kita delay sampai satu masa lect nak kutip, hah!bertabur semua paper, 
     buku   dan sebagainya.
   

2) pada yang dah siap atau settle semua assignment
    -pada waktu tu kita kebosanan dan tak tahu nak buat apa (padahal boleh je nak study untuk exam), 
     lalu meroyan la kita mencari/mengadu pada bf/gf kita tentang kebosanan yang melanda. Waktu tu
     tak kira gender akan mengalami PMS berlebihan.

3) tiba-tiba rasa nak chillax
    -part paling tak best bila nak exam, bila rasa dah stress sangat mula la rasa nak pegi tengok 
     movies, karaoke dan sebagainya. Paling best kalau takde orang nak teman kau pegi chillax! hahah!

4) bila seminggu nak exam, bf@gf mintak break atau dah break pun
    -ini part yang bila mana kau rasa dunia menjadi kelam dan gelap. Nak mintak break pun tunggu la
     orang tu habis final (bertimbang rasa). Tapi sebenarnya tak banyak la yang boleh move on lepas
     break. Kalau perempuan mungkin mereka akan mengelar diri mereka??!!! dan yang lelaki akan
     menyeksa diri mereka dengan hisap rokok sampai diri mereka jadi abu??!!ataupun main game
     sampai 3pagi berturut-turut tanpa tidur??!!who knows???!!!

5) homesick
     -mungkin akan terjadi pada student2 yang duduk jauh. Macam aku ni study kat Shah Alam and
      nak balik Kuantan tak la jauh sangat. Macam mana dengan students yang homesick tapi rumah
      depa kat Sabah atau Sarawak?Kelantan?Perlis? Jauh gila wei!

6) suka tangguh study
    -alah final seminggu lagi,rileks la..esok exam,malam ni boleh baca. Tiba-tiba Khamis exam, Rabu
     baru nak baca, tapi malangnya Rabu tu hang overslept sampai pagi Khamis sebab hari sebelum tu
     hang main game??gosh!

7) kekeliruan buat study schedule
    -selalu terjadi kat aku. Contohnya seminggu lagi paper theory. So usually soalan divide by two
     section la at least (objective dgn subjective). then ko plan hari isnin sampai rabu ko nak buat past
     year paper part oobjective, sampai hari ko tak siap buat lagi past year part objective. Tiba2 ko baru
     teringat soalan subjective banyak nak kena hafal. And yeah!

And i wish good luck to everyone pada sesiapa yang akan sit for examination. Jangan nakal2 yaww~

Sunday 15 December 2013

END OF IT?

~Assalamualaikum

nak dekat SPM aku attend untuk bengkel Maths. Seronok wei belajar ni, cuma rezeki aku tak murah sangat waktu tu.. 3hari 2 malam. abang aku ambik and hantar aku. Hari second last tu sampai kat bypass yang selalu jadi accident, aku tengok kat side mirror. Nampak macam bayang2. Dalam hati dah rasa macam2 dah. Makin lama makin jelas. Memang cantik benda tu duduk belakang aku, rupa dia macam yang dalam cerita Jangan Pandang Belakang.

Apa yang aku perasan, abang aku makin lama makin laju bawak kereta. Sampai je rumah dia terus masuk rumah, pagar dia tinggalkan macam tu je. Waktu nak SPM tu seminggu ke dua minggu jugak kot aku stay situ, and ada solat hajat and sesi bermaaf-maafan.

Yeah aku tahu siapa target aku. Bukanlah nak balas dendam. Tapi kena fikirla sikit pasal orang lain.

"Dila..aku nak mengaku satu benda ni, aku mintak maaf lah aku yang sebar fitnah pasal kau. Aku yang kata kau mengorat ayah Na... . aku yang beli number baru tu text dgn ayah dia. Aku mintak maaf sebab aku,orang panggil kau jalang"

Aku pun cakap la kat dia benda dari A sampai Z. Tersedu sedan lah. Sekarang alhamdulillah aku rasa sihat dah daripada benda2 macam tu. Aku bersusah payah jugak lah. Tahun 2012 jugak lah..pertengahan tahun tu. Benda tu ditanam kat belakang rumah aku. Orang yang buat fitnah pasal aku ni text dengan ayah kawan dia tu dekat je rumah dia dengan rumah aku, selang 7 atau 8 lorong je.

Cuma nak nasihatkan you guys, janganlah ulang benda yang sama. Aku ni tak buat apa2. Tapi kalau benda ni pasal lelaki (mungkin aku berkawan rapat dengan lelaki yang korang suka), cemburu (sebab family aku), atau mungkin sakit hati sebab aku ni sombong (aku ni dapat title pelajar paling pendiam tau?), atau aku ni mulut jahat (tak bercakap pun dengan orang, senyum je), rasanya tak cukup kukuh lagi alasan tu.

aku dapat tahu yang ambik inner wear tu lelaki india. Muka aku macam india ke dalam air tu? Enough of it. Jangan kesiankan aku, cukup kesiankan my mum and dad. Berapa banyak air mata, tenaga, masa dan duit dikorbankan. Imagine if i ni pendendam, buat balik macam tu kat you guys. Macamana? Parents korang.hmm..

And yeah i'm so sorry kalau ada yang rasa aku ni annoying masa diploma dulu aku terlalu ambik kira setiap yang orang cakap pasal aku, paranoid. Kalau aku tak ambik tahu pasal benda2 tu, aku takut orang akan buat macam masa aku form5 dulu. Aku ada reasons untuk semua tu..buatla hal masing2. Aku ni bukannya pool dancer ke, kaki clubbing ke, playgirl ke. Aku ni perempuan biasa je..nak belajar, nak berkawan.








BUATAN ORANG PART 5

~Assalamualaikum

sorry kalau ada yang bosan sebab aku fenfeeling ni cerita bersiri sinetron. Aku tak nak bg mata korang penat baca panjang2 berjela cerita dalam 1 post. hehehhee.. so after that incident mak aku tanya "adik kenapa ni?, makin teruk je ni?". Jumpa dah ustaz tu tapi macam takde kesan. Aku bukan tak percaya, tapi aku kesiankan mak ayah aku. Seriously aku rasa aku ni anak yang paling menyusahkan.

Malam tu aku rasa tangan aku tak boleh bergerak. Ya, dua2 tak boleh bergerak. Sedangkan minggu depan dah nak start trial SPM. Aku ni memang penggeli orangnya. Tapi dalam situation macam tu aku kena jugak mintak tolong ayah aku. Weyh nak trial kot!Tak buat revision lagi. Ayah aku urut lengan aku. sumpah aku menjerit, terpekik terlolong. Bengkak kot. Sebab sebenarnya ayah aku takde problem urut orang bengkak ni. Terus okey. Aku nampak ayah aku tak sampai hati nak urut aku. Dengar aku menjerit lagi, menangis lagi.

Makan ubat pain killer tapi tak effect apa2. Masih tak boleh bergerak. Jadi macam mana aku nak mandi? nak makan?nak solat? Sampai satu tahap aku nak ambik benda yang jatuh atas lantai. aku kena duduk, ambik dengan mulut. Happy sungguh orang yang membomohkan orang ni.

Abang aku ada suggestkan sorang pak cik ni, dia kata haritu pak cik ni ubatkan anak dia, tutupkan hijab. So hari apa entah dia bawak la aku pegi jumpa pak cik tu. Dia kata "waktu awak masuk tadi benda tu masuk sekali, sebab burung kat luar tu berbunyi. Okey..seram.

Dia urutlah tangan aku. Aku ni dah cepat2 cengkam tangan abang aku, abang aku pun dah ready2 nak menjerit. Sebab dia takut aku pegang kuat. Aku rasa better la sikit pastu. Dia ada bagi aku buah limau buat pendinding? tangkal katanya? time tu tak la rasa pelik lagi. And he gave me kemenyan. Dia kata simpan bawah bantal. Im wondering la. why?

So malam tu aku tak boleh tidur. Mak aku pun sama. Mak aku temankan la aku tidur. Tiba2 dalam pukul 12 a,m aku dengar bunyi macam orang main bola, baling ke dinding. Menggigil aku carik buah limau. Mak aku pun dah menggigil sama.

Pagi esoknya tu aku kata kat mak aku "bukan tak percaya mak, tapi dia cikgu silat, memang ada dibelanya" bukanlah persepsi aku pada semua cikgu silat. Tapi bunyi benda tu. Abang aku boleh kata, "ouh penjaga dia main buah limau tu" what? seriously? disebabkan aku kena pegi rumah pak cik 3hari berturut-turut, so aku pun  ikutkan je lah. bukan elok sangat lagi lengan aku ni.

Memang seharusnya aku tak ambik trial SPM. thorniah umur baru 17 tahun tapi boleh buat orang sampai tak ambik exam. So ada la 2 paper je aku ambik. Study? memang tak dapat lah. Study la sikit2. Baca buku la jugak.

So aku ni sebenarnya selepas berubat dengan pakcik tu bezanya dapatla tidur malam. Walaupun dengar bunyi buah limau kena baling2, bunyi orang ketuk kat tingkap. Waktu aku nak study untuk trial exam tu aku baca la notes, aku baca kat ruang tamu sebab aku takut kalau sunyi2. Tiba dengar bunyi nafas kat telinga aku. Aku dah ketaq dah. Baca semua surah dah, then kertas notes2 aku tu berterbangan kena lempar. Ohoo i have no idea siapa yg lempar. Apa yang aku nampak kertas tu dilempar kat aku.

Menggigil tak ingat apa. Aku masuk bilik mak aku. ambik selimut tutup badan. Seriously dalam situation macam tu aku tak tahu apa aku baca..mungkin alif ba ta?











BUATAN ORANG PART4

~Assalamualaikum

sory sangat2 lama tak update blog..bukan apa..masa tak sesuai nak tulis..sebelum nak exam SPM, ayah aku ada cakap kat aku "dah okey dah?kena masuk asrama balik lah sebab nak exam dah ni". Aku faham makna ayat tu. Then aku kata okey.

Masa aku nak daftar masuk hostel balik, aku kena jumpa dengan warden hostel.

"Kalau awak nak dorm  lain pun boleh.."

itu yang dia cakap. So aku rasa lega. that means aku tak perlu dah nak tidur sebilik dengan orang2 macam tu. Cukuplah seksa tu. Aku pun kata kat warden tu yang aku nak bilik dulu. Waktu aku form4. Then warden kata okay.

Ramai la yang terkejut aku pindah bilik. Kawan aku kata "kenapa kau tinggal aku wei? aku sorang2 je kat bilik tu" dalam hati bukan tak kesian, tapi seksa tu aku yg tanggung. Aku pun kata kat dia "At least ko boleh jumpa aku kat bilik prep. kan?" Barula dia tersenyum.

Ada la 5 atau 6 orang kawan2 aku yg sebilik dengan aku waktu form4 dulu. Senang sebenarnya duduk situ. atas surau,kanan toilet,bawah bilik prep. Tak la sunyi sangat. As usual memang susah aku nak lelapkan mata first night kat bilik tu. Sebab budak2 ni combine semua katil and semua tidur kat atas. Aku? no place to sleep actually. So aku tidur kat bawah. Sorang2. Takut? of course takut.

Tiba-tiba ada orang tegur aku, "awak nak tidur bawah sorang2 ke?" and i said "yes. nape?". "tidurlah atas ni, tidur kat sebelah kita, sebab member tak balik lagi". Aku pun okey kan je lah. Baru je nak tertidur, pukul3pagi again aku terbangun. Aku rasa macam ada benda berat kat atas peha aku. Sebab aku tidur mengiring. Okey..bukan hantu ke apa. Kaki budak perempuan tu. And aku baru teringat yang rumours said dia tu lesbian. What the..?? and she's starting freaking me out. Nak peluk bagai. Jadi aku rasa daripada aku ni tergolong dalam golongan Nabi tak mengaku ummat, baik aku tidur bawah. Redha kalau kena kacau dengan iblis.

Esoknya aku ke class seperti biasa. Aku nampak la beberapa muka manusia yang tak puas hati. Ada juga geng2 tu tanya "awak,nape tak pindah bilik tu?". Wah! sejuk rasa hati. Dah siap ugut aku suruh mengaku aku ni curik inner wear korang, boleh pulak tanya macam tu. Nak tau apa aku balas? aku senyum je. Yes seikhlas yang mungkin sebab aku sangat baik waktu tu.

aku tak ingat seminggu atau dua minggu aku duduk hostel. Waktu tu kecoh pasal histeria. Tapi aku cool je lah sebab i think benda tu jadi sebab dyorang stress sangat. Tahu2 lah dah nak trial exam. Hari khamis tu, lepas perhimpunan pagi ada cikgu ni merangkap ustaz dan merangkap warden kata suruh stay kat situ. Dia pun explain pasal kejadian histeria. Dia tanya kalau ada yang memang pernah kena histeria bagitau, atau ada saka ke apa. So kawan aku ni 2orang tak silap aku, keluar dari situ. And dimasukkan dalam bilik. (kuanrintin kononya)

aku tak ingat apa yang cikgu tu suruh kami buat apa. Something like baca ayat kursi sambil imagine lawan jam ke apa entah. Kyteorang buat. Aku sedar2 aku rasa aku takde jantung. Cuma angin kat dada aku. Sejuk.  Aku rasa macam aku boleh kawal minda aku, tapi macam ada benda suruh aku "buat lagi, buat lagi". Aku nampak ada a few dah menjerit. Aku cuma boleh dengar suara aku menjerit, tapi aku tak tau kenapa aku menjerit.

And aku sedar2 aku kat bilik guru. And cikgu class aku perhatikan aku sambil senyum (lelaki pulak tu). "Dila okey? dila stress?" aku tak kata apa2. Aku sedar ayah aku datang and bawak aku masuk dalam kereta. Jari aku lebam, kuku aku lebam. Tangan aku sakit. Ya aku ingat satu benda tu, budak yg bawak gambar aku pegi jumpa ayah sdara dia yang kata nampak muka aku dalam air mecuri tu yg pegang aku. Aku sure sangat.

~bersambung




Wednesday 4 September 2013

BUATAN PART 3

aku dah rasa tak sedap badan dah, kenapa aku ni selalu bangun pukul 3pagi ni, dah tu aku pegi toilet sorang2 tak takut langsung beb!

kulit mengelupas aku dah makin teruk, seram pulak tengok. esoknya lepas waktu sekolah aku berusaha sedaya upaya untuk try call abang aku. nak tanya jugak la kenapa jadi macam ni?

lepas balik dri sekolah pun aku tak dapat. Jadi aku akan try lepas maghrib nanti. Ergh! lepas maghrib pun tak dapat sebab kena solat kat surau besar tak silap aku. lagipun jarak surau asrama perempuan dengan jarak asrama sekolah tu boleh tahan lah jauh kalau jalan kaki.

sebelum masuk waktu prep aku tu aku dah bertekad nak call jugak walau apa pun jadi. So aku dengan muka tahan nangis, aku tanya kat abang aku, pasal semua yang aku alami. abang aku kata
"adik ada terlepas cakap dengan sesiapa ke?".
"takde pun. nape?" aku pelik sebab aku ni bercakap dengan budak2 bilik aku pun jarang gila!
"adik ada musuh dengan sesiapa ke?"
"hah?takde. apasal pulak saya nak buat macamtu?"
"pakaian dalam tu adik ambik pakai balik ke?"
"tak pun"
"jangan main-main benda macam ni.."

aku ni nak habaq mai kat hangpa semua menangis tak ingat apa dah. jahat sangat ke aku? aku rasa kalau kita tak banyak bunyik orang tak sakit hati. bukannya tak cakap langsung.

terus terang aku kata dekat abang aku, aku dah tak larat nak tanggung semua ni. Badan aku sakit gila! pelajaran aku terganggu. aku memang bawak phone. topup pun ada takde je. cikgu class aku pun faham keadaan aku. dia pun tengok aku tak main phone dalam class. (tunjuk baik la teww)

malam tu jugak abang aku (bukan yang aku call tu) ambik aku. fikiran aku ni melayang jauh entah kemana. aku rasa aku bawak satu roh yang besar. sampaikan aku tak nampak kawan abang aku duduk kat sit depan sebelah driver. aku pegi bukak pintu tu.

makan 3 hingga 4 hari jugak rasanya aku duduk rumah. malam pertama aku tidur kat rumah tu, aku mimpi aku dengan abang aku yang no.5 tu ada kat satu kawasan atas bukit. memang sejuk. sebelah kanan tu macam ada gua kecik. abang aku bawak plastik. aku pelik lah kat bukit mana la kyteorang ni. abang aku kata dia nak masuk kat gua tu kejap. guess what..

tempat tu dikelilingi banyak berhala. tempat aku berdiri tu penuh dengan ular. tak nampak tanah. penuh dengan ular. aku punya la takut, aku pegi kat gua tu. dengan harapan aku jumpa abang aku, aku tengok ada sekor ular ni dah ready nak patuk aku. waktu aku jerit tu abang aku sempat ambik cangkul and pukul ular tu.

hari yang seterusnya aku mimpi rumah aku penuh dengan budak kecik. kalau anak saudara aku tu, boleh terima lagi, tapi entah sape-sape. and sorang pada budak tu datang kat aku  tetiba mintak susu badan kat aku. and tiba2 dia dah menyusu dah pun. tapi pada mulanya memang aku rasa benda2 baby2 ni benda indah lah. baby kot.comel. we don't expect something else..



Saturday 22 June 2013

BUATAN ORANG PART 2



Sejak aku form 5 ni memang aku banyak menghabiskan masa kat bilik prep dan loker aku tak berkunci sebab takde apa yang ada. Baju sekolah pun tak bilik prep. Baldi sabun bagai semua kat bilik prep. Aku ni memang jenis pendiam kalau orang tak tegur, and orang dalam dorm tu pulak memang tak rajin nak tegur aku, so aku ni kalau jumpa dyorang walau tak berkenan dengan perangai dyorang, aku mesti akan senyum.

Susulan dari sakit kepala yang aku alami dulu, ada suatu petang tu aku ter-bersiap lambat untuk solat maghrib,memang terkocoh-kocoh.


“Dila, nak keluar nanti tutup lampu and kipas semua ea??”


“Oke”. Aku tetap ramah lagi walaupun dia salah sorang yang aku tak berapa berkenan sangat dengan perangainya. Tapi dia tu ada alim-alim sikit.


Semua lampu dorm dah terpadam. Aku ingat lagi, aku menyarung baju kurung merah, bertudung hitam. Waktu aku nak kunci loker aku tu, aku terdengar ada bunyi suara budak kecik dari tepi katil geng2 baik. Dalam hati dah berdebar. Apa tu? Dalam hati aku berbisik. Siap je aku kunci loker tu aku terus ke depan and tutup semua suis lampu dan kipas. Tiba-tiba ada satu kipas kat katil geng-geng  budak-budak baik tu masih lagi on. Peliknya aku. Aku cepat-cepat lalu kat tepi katil tu untuk off speed kipas tu. And aku nampak kat hujung katil geng2 baik tu macam ada kaki kucing (besar sikit dari kaki kucing, kaler hijau kehitam-hitaman berlari and macam ajak menyorok-nyorok dengan aku. Aku terus berlari and tutp pintu dorm untuk bersolat.


Waktu prep malam tu aku cerita kat budak2 dekat dengan meja prep aku psal makhluk hijau tu. Ada sorang budak ni kata


“ouh! Patutla banayak barang kena curik”


Aku membeliakkan mata “Hah! Wei patutla innerwear aku hilang”


Sorang lagi menyampuk “eh, aku punya pun sama”


Selang beberapa minggu prep-mate kyteorang kena macam hysteria, bulu roma aku ni meremang. Waktu warden2 cuba melaungkan azan kat telinga budak tu dan baca ayat kursi, aku terasa panas membahang kat seluruh badan aku.


Kejadian tu memang banyak memberi ketakutan pada kyteorang. Aku tak ingat sangat, tapi ada satu hari tu aku keluar or cuti balik rumah, so student card kena tinggal kat guard. Aku ni letak gambar passport kat student card tu bahana dek gambar hitam legam lagi buruk yang cikgu snap.


Balik dari cuti tu gambar tu koyak tak silap aku, or kena air. So I replaced dengan yang baru, and ada satu hari tu Persatuan sejarah buat lawatan ke Terengganu, kami melawat masjid Kristal. subhanAllah! Cantik! Seperti biasa sakit kepala aku datang, bila azan asar berkumandang, aku rasa badan aku sakit sangat, bila aku ambik wudhu’ rasa sakit tu macam kena gigit dengan binatang buas.


Disebabkan excited sampai Terengganu, aku tak pedulikan semua tu. Sesampainya aku kat sekolah, aku nak ambik student card, dia kata hilang. Bayangkan nak dekat 2 minggu hilang. Bila aku dapat, guard tu bagi, and aku terkejut bila gambar passport tu hilang. Aku tanya gambar passport kat mana, dia kata memang dah takde kan?


Aku ni yang pendiam lagi bodoh terus je ambik. Waktu tu memang kecoh tentang peristiwa kecurian baju dalam, seluar dalam and benda-benda mahal. Risau jugak aku kalau handphone aku hilang.


Ada satu malam ni aku rasa badan aku segatal-gatalnya. Menggelupas kat peha, badan. And paling menakutkan bila satu hari tu aku set alarm jam aku pukul 6.15 pagi tak silap aku. Tiba-tiba aku terjaga dan terdenganr bunyi alarm jam aku. Aku tengok semua orang tidur. Aku meraba-raba bawah bantal, memang takde. Aku kejutkan kawan aku kat sebelah, takde respons. Aku tengok jam kat tangan. Ya Allah! Jam aku berbunyi pukul 3.00 pagi??!! Aku terus melelapkan mata, membaca zikrullah dan membaca ayat kursi, tetapi bacaan aku kelam kabut. Al-fatihah berterabur. Aku tak tahu apa yang aku baca. Tiba-tiba aku terdengar ada suara membisik kat telinga aku, bunyinya seperti siaran radio yang terputus tapi versi suara orang. Sesekali dia meniupkan nafasnya kat telinga aku. Bunyi suara tu tertawakan aku dengan nada perlahan. Aku tak tahu bila aku terlelap.

BUATAN ORANG PART 1



Kelmarin aku ternampak tajuk depan paper Utusan Malaysia (Mega) “Sihir ke Tali Gantung”. Dan semua benda tu mengingatkan apa yang terjadi pada aku dulu.


Lepas PMR, aku dapat offer study di sebuah sekolah kat Penang. Malangnya sehari sebelum aku daftar ke sekolah tu, aku kena demam campak. Abang aku yang sorang ni, punyalah risau nak lepaskan aku belajar kat situ. Jauh memang jauh. Dari Kuantan ke Penang.


Then ayah aku pun buat surat pertukaran ke sekolah area Pahang je. Aku ni dilahirkan di Bandar, dan sekolah tu pulak betul2 di pendalaman. Honestly aku happy belajar kat situ, ramai kawan. Cuma yang aku tak tahan bila senior2 ni membuli. Aku masih tak faham kenapa budak2 sekarang ni bila rasa diri tu dah besar sikit, nak jatuhkan orang lain.


Ada sorang kawan aku yang aku memang duduk semeja dalam ‘bilik prep’, dia ni masuk silat, jadi dia banyak jugak cerita dengan aku pasal silat, pantang larangnya.


Nak dijadikan cerita ada satu malam tu aku kena pergi ke latihan ping pong, and latihan tu dibuat dalam bilik darjah yang kosong. Dan perjalanan dari hostel aku ke kelas tu boleh tahan lah hilang banyak kalori kat situ. Orang kata kalau lalu kat bengkel lama (dimana budak berlatih silat dulu) jangan pandang kat situ, TAPI aku ternampak macam ada orang berlari kat sebelah sana. Aku thought ada budak tengah berlatih kawad ke, silat ke. Aku toleh ke arah yang aku nampak ada orang berlari (dan jugak merupakan bengkel lama tu), and….


KEPALA TERBANG??!! Jantung aku ni bukan main laju berdegup, aku baca semua ayat suci yang terlintas dalam kepala aku. Mencicit aku berlari ke bilik.


Selang seminggu, tiba-tiba ayah and mak aku datang dia kata aku dah dapat tukar sekolah ke Kuantan. Dalam otak aku ni ingatkan boleh duduk kat rumah sendiri, rupanya kena duduk hostel. Sedih nak meninggalkan kawan-kawan kat situ, sebab semua dah macam adik beradik.


Hari demi hari aku tempuhi suasana belajar kat tempat ni. Rupanya banyak topic yang aku tertinggal, dan bila aku suarakan kat cikgu aku tentang niat aku nak buat kelas tambahan, dia kata


“Awak tertinggal pelajaran itu bukan masalah saya” kata cikgu tu. Di ssitu lah jugak aku kena latih otak aku jadi cepat mengira walaupun susah ya Rabbi. Aku rasa nak menangis, aku takut apa yang aku cita-cita kan tu tak kesampaian.


Hostel aku terletak berhampiran dengan padang bola jaring and Dewan Makan. Memang seronok. Aku ni memang susah sangat nak diajak keluar outing. Memang tak kuasa aku nak tinggal kad pelajar kat security guard la,pastu nak tulis kat card outing lah, boleh dikatakan kad aku tu suci dan murni. Nak dekat-dekat exam baru aku rasa nak keluar. Ada la 4 atau 5 kali.


Waktu aku form5, aku dah tak sebilik dengan kawan-kawan aku yang dulu. Ada sorang je yang sama dorm dengan aku, and blok hostel aku pun memang berhadapan dengan bengkel dan pondok security guard. Disebabkan tak nak berpisah dengan member dorm lama aku dengan dia ambik katil sebelah-sebelah, kyteorang ambik katil atas. Tapi yang best sama dorm dengan budak class aku, tapi dia ambik katil bawah berhadapan dengan aku.


Aku tak rasa apa-apa yang janggal, form5. Apa yang penting aku kena focus adalah SPM. Aku banyak habiskan masa dalam bilik prep. Pukul 11 malam tido. Oke tipu. Pukul 12 lebih nak dekat pukul 1  pagi baru aku boleh melelapkan mata.


Memang ada segelintir 7 atau 8 orang yang aku tak berapa berkenan dengan sikap dyorang. Bawak handphone, digital camera and macam-macam lagi yang tak pernah aku nampak. Sibuk nak mengata orang, diri sendiri pun bawak handphone. Itu pun sejuk kaki tangan takut kantoi spot check. Memang phone murah je lah yang aku mampu.


Aku perlu mengaku yang aku ada boyfriend waktu tu. Eceh…budak baru nak up lah katakan. And aku nak nasihatkankat korang yang form 4 and form 5 tak payah la ada boyfriend, sumpah kau tak tido malam asyik text je. Sedar-sedar dah pukul 2 pagi. Bangun pukul6.45 pastu mandi. Pukul 7.00 pagi baru nak solat Subuh kata kau!! Baru terkocoh-kocoh nak pakai tudung and baju. Dalam class physics, kimia. Emmpphhh mengantuk kak kiah oiii!!


Kejadian ni bermula antara sedar atau tidak waktu kami kena buang katil lama dan digantikan dengan baru. Budak perempuan umur 17 tahun disuruh angkat katil ke tingkat tiga? Pasang sendiri? Dorm mate aku kat katil bawah ni (yang merupakan satu katil dengan aku) kata lah yang kita ambik je dah siap pasang. Aku ni yang lurus bin bendul ni angkut je lah tapi dalam hati terdetik, bayangkanlah kalau ni katil orang punya. Pada masa yang sama aku ada terdengan budak dorm aku ni kata suruh bawak naik katil tu. Dalam hati aku kata “Eh, aku ni ada tanggungjawab jugak, letih jugak apa salahnya dia turun kejap untuk ambik katil tu. Rupanya katil tu orang lain punya! Budak dorm aku yang jugak aku tak berapa berkenan dengan perangainya. Jujur aku cakap aku ni memang cuak. Tapi dalam hati aku dah angkat katil tu penat-penat, then aku kena bagi orang lain?


Benda yang paling aku tak kuasa nak buat adalah cuci baju dan sidai baju juga lipat baju! And aku baru perasan lately aku punya seluar dalam, baju dalam, mesti ada yang tak cukup. Aku salah tengok ke? Aku ni memang pelupa orangnya. Jadi aku tak ambik port sangat pasal tu.


Beberapa lama lepas tu aku mesti akan jumpa balik so aku cuci and sidai balik. Aku tak sure samada badan aku ni alergi air tak bersih atau inner wear aku yang tak bersih. Ada aku kata kat mak aku, mak aku kata jangan pakai yang awak kutip tu. Lagipun aku dah basuh balik benda tu. Lainlah aku terus pakai atau benda tu jatuh dalam longkang.


And aku jugak perasan yang aku kerap terjaga dalam pukul3 pagi and mesti rasa nak pergi toilet. Tepat pukul 3.00 pagi tuan-tuan dan puan-puan. Pergi sorang pulak tu! Sebab kesian kat member yang tengah tidur. Pada waktu tu aku rasa aku selalu sakit kepala sebab selalu terjaga pukul 3.00 pagi dan susah nak tidur balik. Cikgu class aku pulak sangat memahami. Sayang cikgu!

Bersambung...

Thursday 16 May 2013

Interview Masscomm dan selamat hari Guru!

assalamualaikum~

yeay! Alhamdulillah! akhirnya tamat jugak diploma aku..walaupun not officially graduate, tapi result semua dah dapat.. and yang paling best(tak best pun) 25 May ni aku ada interview..bukan interview kerja, tapi interview sebelum masuk degree (mampos!). For those yang tak tahu, untuk masuk dalam bidang Mass Communication studies ni, samada Broadcasting, Journalism, Management and Policy, Publishing, Interpersonal, PR (Public Relations, bukan Pakatan Rakyat-tampor laju2 sape fikir lagi pasal politik after PRU) dan jugak Instructional Communication (tak silap aku) akan ada interview. 

Oleh itu haruslah aku mengetahui menteri kabinet yang baru (bukan kabinet dapur), supaya aku tak jawab menteri pertahanan adalah Dato' Najib (pulak??). Tak tahu pasal politik, bukan Masscomm namanya- (kata Fad).

Kak Non nebes ni uollss..takut terkeluar bahasa Gerghman (German) pulak. Atau dalam erti kata lainnya tergagap atau terlepas cakap. You know lah what I mean, bila nervous boleh 'berry' 7 hingga 9 kali.

Memang aku  takde point sangat la nak cakap, cuma Alhamdulillah semua ok..result oke, interview letter dah dapat. Yang penting aku tak sabar nak study, nak menangis buat bibliography (oke, aku tak nak buat dah mendalah tu), assignment last minute.

Oke..tak terlambat lagi aku nak ucap Selamat Hari Guru untuk semua chegu (macam cagu bunyiknyer) termasuklah abah saya (cikgu jugak), dan juga kak long saya (cikgu lagi). Teringat waktu form3 aku bagi novel kat sorang cikgu Math aku, cikgu Ku Swee Ching (err..betul tak nama cikgu ni?). Tajuk novel tu adalah...............................................................................


Novel ni memang best gila kari babas(tibe) aku cakap kat korang. Kelakar habis. Ketawa lah korang sampai menangis. Aku beli dua buku tu, satu untuk cikgu aku, and satu untuk aku baca sendiri, tapi buku tu dah dihilangkan. Sedihnya... Mana nak dapat buku ni lagi?

Apa pun terhibur jugak lah tengok gambar yang Cikgu Norela upload kat Facebook, maaf chegu..kite curik gambar chegu.. and cikgu Norela 4 dari kiri , and chegu Ku, kanan skali pakai baju kurung, saya respect dia suka pakai baju kurung walaupun Chinesse. Dia kata dia nak masuk Islam. Kita doakan supaya dia memeluk Islam lah. Amin~



see?? udoh ler pakai baju kurung dengan sport shoes..nampai keotai-an disitu..

wassalam~

Monday 15 April 2013

Sebab-sebab kenapa orang sentiasa iri hati dengan kita

~assalamualaikum

wow~eh! salah! yup..lama aku tak post new blog dengan cerita baru. Apa pun aku bersyukur sangat sebab dah habis diploma wei!!! OK..OVER~

sekarang ni aku masih lagi mencari segala job vacancy. Sebenarnya boleh je aku kerja dengan kak ipar aku. Tapi, actually nak cari pengalaman baru je..yang relate dengan apa yang aku akan belajar bila degree nanti. Aku tak kisah walaupun tahap cleaner..tapi aku nak carik pengalaman baru, nak asah bakat CEWAH KAU! Nak improve-kan lagi communication skills ni..

So kali ni dengan entry baru yang bertajuk "Sebab-sebab kenapa orang sentiasa iri hati dengan kita"

1) RUPA FIZIKAL
zaman sekarang orang terlalu mementingkan rupa fizikal, baik dari segi bentuk badan, rupa paras, cara  berpakaian and macam-macam lagi sedangkan kita tahu yang sebenarnya benda tu tak mencerminkan apa yang ada dalam diri kita.

contohnya macam bentuk badan. Korang dulu badan berisi, sekarang dah ada a very perfect shape, bila kawan u guys tengok..mula la nak kata "Dia tu mesti makan something kan.

Yang sebaliknya pulak, kalau dulu korang badan kurus, sekarang dah berisi giler, orang mesti kata "alaaaa..dah terlanjur dengan jantan lah tu"

2) HARTA
bagi orang yang sangat down to earth, mereka langsung tak riak tentang harta. Orang sekarang suka sangat dengki sebab member dia ni berharta.

Contohnya kalau parents korang ni memang jenis suka spent money untuk anak-anak dyorang, belikan itu dan ini, mesti ada je kawan2 u guys yang kata "Untunglah kan, nak apa, semua dapat". So i think orang yang berada, they suppose to very down to earth sebab kalau kita riak dengan orang yang dengki dengan kita tu, hmm..padanlah muka orang cakap camtu.

Tapi pada orang yang suka mendengki tu, seeloknya janganlah gatal-gatal mulut tu, busuk2kan hati tu. Rezeki masing-masing. Kalau dia riak dengan kita, in sha Allah one day kemewahan dia tu beralih pada kita. Biar je lah parents dia nak bagi benda tu, dah dia mampu..bukannya mak atau ayah dia belikan untuk skandal2 dyorang ke, untuk anak sendiri kot.....

Sesiapa yang pernah dengki jenis yang macamtu, bertempat lah. Kalau kita takde mak ayah dah, takpe..usahalah bagi berjaya. Mana tau boleh jagi lagi berharta dari kawan2 korang. Iri hati ni dapat stress je, seri muka hilang.

3)SOCIAL STATUS

ada jugak antara kita yang mendengki oleh sebab social status masing2. Contohnya kalau bagi perempuan, kalau korang dah ada boyfriend, then kawan korang takde, mesti nak kata "Untunglah boyfriend belanja", "Untunglah boyfriend ada". Poyo bebenor orang camtu..kat facebook like page "benci couple", "bercinta selepas kawin" (bukan niat burukkan page tertentu), tapi dengan member2, dengki. Kalau dah obviously korang tak minat nak ber-boyfriend cakap je lah "Untunglah aku tak terdedah dengan zina hati". Kan senang! emosi pulak aku.. --"

lagi satu kalau kita banyak kawan. PHON orang dengki. Ergh..kan dah keluar bahasa dari planet zoragon. Macam2 fitnah dibuat, banyak skandal lah, menggatal lah. Dherrrr...kalau orang yang dekat dengan kita tak nak kawan dengan kita, apa salah nak carik orang lain...adoi..soooo....choi....KAWAN je kot. Kadang2 kita perempuan ni, kalau kawan dengan perempuan pun orang perempuan lain pun dengki jugak..biasalah! iri hati..

so kalau our roomate(s) tegur pun don't be so bitchy lah..sebab orang dah depan mata, yang kita kenal. Takkan sikit2 nak marah, nak meradang..??adhoi..tak nampak diri nyer lah. Lainlah orang yang tegur kat facebook ke, kat twitter ke. Giler kau, kau tak kenal orang tu, tetibe kau nak baik dengan dia..jumpa pun tak pernah..so agak2 jugak kalau mencarik kawan..

ihsan encik Google from Oscar Wilde


~~~~~~~~~~~~~so tolonglah kalau kita rasa kita ada segala yang kita nak, tak perlu nak terlalu menunjuk kot, sebab peoples nowadays memang kerja carik salah orang..me included sometimes..kikikiki..for those yang tak ada banyak kelebihan dalam hidup dia, please behave oke..ada reasons lah tu...mungkin kita bukan seorang penyabar, dan mungkin kita seorang yang tak pernah rasa bersalah dan nak berubah untuk menjadi orang yang tak iri hati dengan orang lain..i said KITE tau!

inspired by my old schoolmate cik F

~wassalam

Friday 11 January 2013

regret

~assalamualaikum

siapa kat sini pernah kena bash dengan member pasal tudung? I pun nak angkat tangan jugak..and before this ada jugak posted pasal macam mana i boleh bertudung..and firstly I jugak kena mengaku yang I tak pernah ada pendirian yang tetap untuk pakai tudung dan menutup aurat..and some people keep questioning I, boleh ke pakai tudung dengan skinny? Boleh ke pakai tudung tapi pegang2 dengan lelaki.

I jugak kena mengaku dengan umur I sekarang 21, cara hidup I yang terlalu terpengaruh. Tengok orang couple pegang tangan, tengok orang jumpa geng salam-salam (even bukan mahram sekalipun). Aku tak pernah kata aku ni baik, bertudung litup semua. And kalau budak-budak satu U dengan aku, satu college and satu sekolah dengan aku pun, tak kenal siapa aku sekarang. Pernah lah dulu my dad tegur I "kan cantik kalau pakai baju kurung" and waktu tu I baru lepas habis PLKN, I pun rasa oke..better I pakai baju kurung, I pergi bandar I pakai baju kurung. Memang waktu tu jahil tahap apa, pakai baju kurung then pegi dating..buat muka tak bersalah..lepas break  pakai jeans balik. And perangai my sis and I, completely 360deg lain. I wish I was like her lah..

Bila cara hidup kat sekolah, terpegang tangan pun cakap "eh sorry"..bila I rasa diri I dah besar and matang katanya, I tak nak dengar nasihat orang. Sentiasa cakap "move on..it's chapter in the past!", nak bertaubat tapi buat jugak..Aku ni memang keras hati lagi tegar orangnya, and keras hati I ni kadang-kadang tak kena tempat..

Memang lepas pada I betudung sem1 kat Uitm dulu, I bukak tudung bila study kat college, (maksudnya bila pegi koleh pakai tudung, after class keluar dengan member, tak pakai tudung) and lagi sampai hati tipu my mum sebab kata keluar pakai tudung.. Bila orang kata "eh rambut you lawa lah!", I balik rumah and tengok cermin..ouh..cantik jugak kalau aku tak pakai tudung..shaiton dah buat clubbing dalam kepala I time tu..

Ada satu hari tu I pergi keluar dengan member I, and I tak bertudung, ambik gambar and upload kat fb dan tak terfikir yang member-member Uitm I akan tengok then ada jugak yang comment "kau tak pakai tudung dila?", Yes! muka aku panas waktu baca comment tu. Marah sebab ada yang berani campur urusan dosa pahal orang. Bila I fikir balik sekarang, kalau lah member I tak tegur kat gambar tu, I tak rasa malu pun tak bertudung. Reality-nya I tak suka lepaskan rambut I sebab bila kena angin, macam menggerbang walaupun tak. So nampak tak I tak confident dengan diri I??

Ada lah I tergerak nak bukak tudung bila naik sem2. My mum said "Janganlah bukak tudung.."3 words je, I terus rasa menyesal. Yes, I wore tudung, tapi tak berhijab (means tutup aurat. I still pakai skinny, pakai cardigan yang betul-betul muat ikut badan, and tudung I tak labuh ke bawah pun. I masih tak menjaga hubungan I dengan mahram lain sebab I kena buat phase by phase, jaga tutur kata I dengan orang lain, parents and family. I bukan seorang yang matang enough to make a decision..

Susah bagi I nak berhijrah ke berhijab sebab dari dulu jadi tomboy, rambut pendek, then pakai tudung, and buang tudung, pastu pakai balik, pastu buang balik, and rasa tak nak bertudung terus, then try nak tiru gaya shawls moden tapi tak sedar nampak leher, and rasa nak pakai tudung tapi nak pakai skinny.

I BUKAN NAK BODOHKAN DIRI I KAT SINI, tapi to be berhijab phase kita kena lalui macam baby. Dari terbaring, then nak meniarap and nak merangkak, nak berdiri, stabilkan diri before belajar berjalan and macam-macam lagi. Ataupun contoh lagi senang, kalau kita tengok kat blog ada cake cantik, and teringin nak buat, sampai 20x hangus and tak jadi even ada niat murni kita buat cake tu untuk our family makan, kali ke 21 barulah jadi..this is not a simple step sebab aku menahan diri aku daripada rasa nak bukak tudung, nak mencarut and maki hamun pada benda yang tak logik... 

I tak pernah salahkan orang lain sebab pengaruhi hidup I. I patut tahu umur 21 tahun ni, mampu berfikir yang salah dan yang betul..waktu umur I 17tahun dulu pun till 20years old, I memang panas baran and I don't care what my family will think about me. I rasa I yang betul. Cuma I rasa tak semua orang besar ingat, macamana perangai dia waktu umur 17tahun till 20years old..I kalau nak marah kat budak umur 18tahun,18 tahun jugak I kena fikir..sebab AKU MUNGKIN PERNAH BERADA DI TEMPAT MEREKA AND PERNAH BUAT SALAH MACAM APA YANG MEREKA BUAT. and pada pendapat I, UMUR 17-20 TAK PERLU MARAH AND CACI MAKI ATAU HERDIK MEREKA, sebab dah tak boleh terima. Takkanlah waktu umur awak 18, tak pernah dating pegang-pegang tangan, tipu mak ayah kata nak pegi sini, tapi pegi tempat lain??pentingkan kawan dari family??mesti pernah kan??

I wondering jugak macam mana orang dari kecik boleh bertudung litup, tapi I can't. Terfikir jugak, sampai terfikir "dia ni mesti takde dosa kan??"..urghh!! please..if someone boleh bimbing I, and nak tegur I atau nasihat just cakap je. Tak perlu marah. And I hope I can guide myself to be better personone day..insyAllah! ;)

I MADE MISTAKES THAT I CAN'T ERASE..