Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday 26 September 2012

merah mata, hidung berair, badan panas

~assalamualaikum

dimaklumkan tajuk di atas bukanlah simptom simptom penyakit berbahaya..inilah dinamanya masalah laf baru..dimana orang berbahagia di atas penderitaan aku..huhu..walaupun ada yang sentiasa panas punggung dengan kebahagian aku, takpe..lawanlah aku dengan perasaan, tapi kau kena tahu aku seorang, dan aku lawan kau bersama Tuhanku ya Rahman. Aku kuat!

oke..tune channel
lagi sehari..lagi sehari nak event babe! harini gua tak menang tangan betul..bangun-bangun tidur terus bersiap, tunggu safwan ambik then pergi kolej, jumpa lecturer mintak letterhead, pergi print pastu pergi jumpa lecturer balik.. *pengsan* . Aku tau pengsan itu agak tergedik-gedik bunyinya, tapi kat Kuantan panas bahang and panas terik (yerr...neraka lagi panas dila...)

KENAPA BUSY SANGAT MELATI OII??

hari jumaat bertempat di MS.GARDEN kuantan kami buat dinner theme bollywood night. Heh! private party la katanya..tapi yang pada asalnya kata ballroom tu baru petang tadi orang hotel tu call kata tak dapat..takpe..positif oke..*kata safwan*. Maybe ada hikmah. Maybe taklah nampak kosong sangat.. Walaupun agak bengang sebab pertukaran last minute..tsk tsk! takpelah awak..itte terima seadanya..

                                                      .....TADAAAAA!!!!.........



APA PERSIAPAN TERAKHIR AKU?
9.00am: ambik cupcake kat Tunas Manja
10.00am: pergi beli barang untuk masak tengahari *ni bukan untuk event* (dah lama tak makan nasik ayam)
3.00pm: teman Fatin pergi kuantan parade then pergi complex ambik barang then inai
....(pastu tak tau balik pukul brape)......
7.30pm: practice menari at mel's house

APAKAH KECIBAIAN YANG TELAH BERLAKU?
aku main beli je baju punjabi tu tanpa menyedari lengan tu adalah lengan pendek..^^*^*%$#&
bila hantar kat kak ani suruh jahit, dia kata..tsk tsk.."acane nak jahit ni?potong pun cukup makan, pendek je tau lengan ni..
...*biola sedih*....
last-last aku hantar jelah kain yang aku akan jadikan sebgai tudung tu..
err...maksudnya aku kena beli inner lah kan??zzzzzzzzz....
then aku mampu pakai heels lama je..^^&(^&%^$%^$

MAKEUP?
ini adalah contoh makeup saya..err..kalau orang tu mampu buat...



 KAU PAKAI TUDUNG KE IDOK BEDAH OIII??

aku sedang cuba yang terbaik untuk tidak nampakkan segala isi urat oke..sabar..sabar..maybe lebih kurang camnie kot...

                       .................LALALALALLA POFFF!!!..............

cepat ambik pil sakit jantung!
oke..ini sari, aku pakai punjabi so aku akan cuba sehabis juling mata untuk tutup leher oke, and tak nak tunjuk lengan besar..walaupun kadang-kadang tak pakai tudng tapi..seganlah nak tunjuk lengan cam ahli gusti...#%&((@@

Oke..doakan kami semua berjaya! untuk subjek ni babe! ;)

~wassalam



Tuesday 18 September 2012

ini hidup aku

~assalamualaikum

ya Allah kalau lah stamina aku tak kuat...kalau la aku ni umur dah 70 lebih..haruslah sekrang aku dah terlentang kat hospital..sangatlah sibuk walaupun pada dasarnya aku nampak macam tak busy, tapi sebenarnya aku memang busy..tak macam sesetengah orang yang assignment suruh orang buatkan and elakkan diri dari buat assignment dengan alasan kucing meninggal, terpaksa balik kampung sebab hati dah rindu pada kucing belakang rumah, bapak ular yang korang pelihara tu masuk hospital sebab tertelan berus gigi..HAHAAHHAHA!

minggu ni sibuk menyiapkan slideshow untuk presentation Advertising dengan report Comm Research..advert tu boleh je siap cepat..tapi disebabkan atas alasan-alasan yang tidak masuk air maka lambat lah siap walaupun slideshow tu bapak r simple nak buat..

yang paling stress nak buat comm research..banyak bebenor gangguan..memang pada mulanya aku malas nak ikut mak aku pergi k.l, tapi disebabkan itu hal keluarga so aku pun fllow the flow lah..niat di hati memang ada. aku tak nak ikut pun sebab nak kena buat interview dengan bartender area Kuantan untuk subjek research ni..sekarang aku baru tahu kenapa ramai orang suka kerja praktikal dari kerja theory..sebab praktikal sekali tu je buat dah siap..tapi kerja theory,segala kesalahan yang dilakukan di kerja praktikal dia akan tanggung bila kerja theory kena bash dengan lecturer..oke..sedih..

secara tidak sengaja aku telah follow mak aku pergi k.l, hal keluarga apa?mak saudara aku nak buat haji, so..dia pun teringin sangat nak jumpa aku..takkan lah aku tolak..nama pun mak saudara..hari sabtu bertolak. dalam pukul9.30 pagi and sampai sana nak dekat pukul2petang. jangan tanya kenapa lembab sangat dari kuantan ke k.l berjam lamanya.ini disebabkan ada penumpang yang melatah dan trauma dengan break kreta.iaitu...MAK AKU!

sebelum nak sampai tol gombak, abang aku yang duduk kat area Setia Alam tu message..setelah berbakul-bakul message diberi, dia baru nak cakap kat aku yg bahawasanya ada open house kat showhouse mak sdara bini dia..sampai je rumah akak sedara aku, makan then solat zohor, lepastu sembang-sembang and balik..balik rumah abang aku untuk tukar baju before pergi open house tu..

dalam pukul 8.30 kami dah bertolak ke DutaVila...oke..aku tahu ramai sangat yang pakai baju ala-ala pak guard kat situ..tapi aku tak tahu apa yang dyorang buat.lebih dari 20 orang jugaklah (sempat pulak aku kira kan?) takde pun yang betul-betul tunjuk kat mana parking...and apa yang aku nampak lagi dyorang ni bukan mengawal lalu lintas (sebab ramai warga berkulit tak cerah) maksudnya bukan warganegara MALAYSIA, so dyorang tak tahu yang roundabout kita macamana,so dia buat-buat bijak bagi jalan and ada kereta hampir nak berlanggar..(nampak tak cerdiknya kat situ)

kami pun redha je nak parking kat depan-depan showhouse tu betul..tapi kena halau dengan guard mana entah..then parking lah kat area jauh sikit..aku kesian kat mak ayah aku yang kena berjalan jauh..dah la tangga tinggi..majlis ni dibuat di DutaVilla yang dibawah syarikat perumahan yang diurus oleh mak saudara kak ipar aku ni..best la jugak tapi gak tak teratur maybe dyorang baru lagi kot..tapi yang best ada Aliff Satar and penyambut tetamu yang sangat kacak lagi bergaya..

aku perlu hipokrit sebab time nak balik tu dyorang ada bagi duit raya kat budak-budak and aku bukan kategori budak tau, aku dah 21tahun, ayat dia camnie
L: "hah, ini pun kena bagi duit raya jugak sebab dia budak kecik"
A:"eh,tak,saya mak cik pada budak ni..(sambil tunjuk ke arah anak sedara aku ygn tengah berlari-lari keseronokan)
L: "alah..mak cik dia pun tapi comle and muda lagi"

aku pun ambik jelah sebab dia dah hulur dari tadi..and kata-kata itu dapat sambutan gelak dari orang ramai (kawan-kawan dia) and aliff yang sedang berjalan menuju ke kereta..damn..malu kot..lagi best dia berani cakap camtu depan parents and abang-abang aku..terima kasih..

aku baru feeling cantik balik malam tu nak siapkan report so sampai-sampai rumah boleh terus tido and boleh bertolak lewat sikit sebab nak hantar mak saudara aku pergi kelana jaya..last-last..pukul10.30 aku dapat text dari Afiq

"esok kita ada shooting pukul10.30"

aku dapat je text tu terus juling kemeroyanan..giler lah..dah tu pukul brape aku kena bertolak?last-last call Afiq suruh tanggung..lepas Zohor..sampai je rumah aku terus solat and tukar baju pastu TAKE ONE! AND..ACTION!

and seperti biasa baru balik rumah ada orang call, baru nak makan ada orang call..macam semalam aku baru lepas solat and baru lepas balik dari shooting Amir call, suruh teman beli lampu. yang penting sekrang ni kena buat editing sampai siap and perempuan semua kena buat bahagian story board bagai..harap dengan pengorbanan kita semua ni berbaloi..ada yang sampai tak makan,sampai bengkak-bengkak mata semua..HAHAHAHA!

esok preview untuk cerita kyteorang ni..jadi..doakan kami berjaya..ni pun aku baru balik dari shooting..dari pukul6.30 pagi (walaupun pada akhirnya pukul7) baru start, tapi sangat best..

Saturday 15 September 2012

we are terrified because?

~assalamualaikum

waah! penat betul sem 5 ni..tapi sebenarnya nak mintak penampar jugak sebab last-last minute buat kerja..grouping kan..kena fikir jugak masa orang lain..

mengapakah sense of humour aku dah hilang ni? tadi dengar lagu sedih pun macam dengar orang baca buku je.. Tapi bila sampai dekat satu lagu yang aku dengar ni, terus bertakung air mata..ini bukan lagu cinta..

                                                                  jeng! jeng! jeng!

ada masa dalam hidup kita, kita akan takut pada satu benda yang akan ubah hidup kita sekelip mata..

there are five reasons why we are terrified

  1. when someone we love akan tinggalkan kita
  2. bila semua yang kita buat tak kena
  3. bila orang sentiasa perhatikan apa yang kita buat
  4. walaupun perbuatan kita tu baik, orang sekeliling tetap anggap salah
  5. bila kita dah give up dengan semua usaha yang kita ada

Thursday 13 September 2012

take care and don't give up on me

~assalamualaikum

lepas zohor tadi (13 september), aku gigihkan diri untuk mengheret langkah kaki ke kolej..mentang-mentang takde class, kemain malas lagi aku.. janji dengan feyra and jane skali dgn una nak discuss COMM RESEARCH. Pukul 2.00 lah kononnya..last-last dengan langkah kaki yang menggedik aku ni buatkan aku sampai kolej pukul2.15..

dengan bangga nya nak tunjuk kat jane apa yang aku dah buat untuk comm research..kemain sedap lagi aku mencucuk pendrive tu ke USB laptop jane..dengan tidak logiknya..*tett* *tett*! argh #$%^*&! pendrive aku kena virus lagi!sumpah seronok tak terkata..itulah hidup jangan bangga diri! dengan rasa yang marah aku terus pergi jumpa lect aku..tapi bukan lect comm research, tapi lect ETR..sekali bertambah lagi kerja aku..yeaaahhh!!! tambah lagi kemarahan aku disitu..

tiba-tiba rasa lapar (aku kalau tengah marah memang cepat lapar), lalu dengan segera aku ajak una pegi makan..tangan dah menggigil tengok document lain tak boleh bukak..pergi Zaza Ikhlas (ceewah! nama penuh!)..baru je ambik lauk..tiba-tiba phone una berbunyi..potpet potpet..

"Dila!Miss D kata kita kena naik sekrang!"

waktu tu korang tau tak apa aku rasa? rasa macam duduk zaman hostel dulu, baru nak telan nasik dah kena panggil..mcmnie lah hidup masscomm..hari-hari hidup kami macam minggu orientasi especialy sem5 macam kami..aku pun yang kebulur tahap zoragon, terus menyuap nasik..sedap weyh..ayam masak merah dgn kari ayam, ada pulak telur dgn sambal belacan! pergh!! lapar ittew!

tengah aku syok-syok makan, phone aku berbunyik..oke..tengok inbox..fizi..katanya takde transport. tengah syok-syok text, tiba-tiba takde kredit. Aku dgn una pun blah, tapi aku singgah kedai jap beli topup...dengan nasik yg sedang dikunyah di dalam mulut (oke..tipu..bombastik je tu) aku call miss.

"Assalamualaikum miss, saya dila. Miss, fizi takde transport, so nak saya ambik dia ke?"

"Yup, pergilah"

Aku sepantas ironman menuju ke rumah fizi..yeay! tengok-tengok fizi dah siap.

lalu sepantas kilat jugak aku ke kolej..mentang-mentang bawak kereta.kemain..sepantas lah..selaju lah.. --"

selepas sesi taklimat event dan segala yang sewaktu dengannya habis, balik rumah siap...ada date malam ni..date dengan kembar ittew! (ya rabbi! sumpah gedik aku ni.. --")

malam tadi duk bercerita, mula-mula segan je nak bercerita. Start pukul 9 lebih baru berani nak bukak mulut. Luahkan segala isi perut yang selama ni aku tahankan..sumpah baru lega! Baru rasa kuat. tapi kembar aku tu macam nak menangis je..maybe dia tak sangka kot..takpe..nasib kita serupa!

rasa bersalah and rasa macam mimpi pulak keluar dengan dia..tapi..tak tau lah..harap semua ok..walaupun pada mulanya aku rasa serba salah and marah kat dia, tapi at the same time dia perlu tahu hal sebenar.

apa pun, satu masalah dah terluah...dan mungkin ada hamba menanti untuk timbulkan masalah lain..semoga kami bertiga tabah mengharungi ;)

aku buat sesuatu benda bersebab, sebab aku sayang dengan apa yang ada di hadapan aku. Aku nak jaga hati semua orang, so I have to do something yg orang akan nampak pelik dan lain..aku tak senyum ada maksudnya, aku marah ada maksudnya, aku kecik hati ada maksudnya..so please don't give up on me..

Wednesday 12 September 2012

three things money can't buy

1) our religion

2) our biological parents

3) sincerity

siapa aku?

~assalamualaikum

Ceh..memang tajuk aku ni sesuai untuk dikategorikan sebagai tajuk golongan-golongan diva kan? walaupun orang tak nak tahu siapa aku, tapi disebabkan aku meroyan malam ni so korang kena jugak dengar apa yang aku berleter. Ni blog yang ke 3, errr...lupa sebenarnya..yang keempat kot. Kalau ada rekod siapa paling banyak buat blog, maka aku lah pemenang saguhatinya..(cuba untuk merendah diri) :P. Kenapa ni blog yang keempat? Sebab first blog aku, kes tak ingat password. Kes blog yang kedua aku tulis apa benda jadah entah, lama tak bukak pastu lupa password. Blog yang ketiga kena hacked dengan siapa punya keja entah, sampai bergaduh dengan sedara mara sendiri..redha..benda dah jadi..lagi best tu even aku tak bukak untuk 3bulan..tapi member-member aku cakap ada update..oke..itu menarik..ada la belaan aku yang taip..

nama aku nor fadhilah..and..user nama kat mana-mana pun aku letak adieyla malek. Kalau lain sikit tu bukan aku lah tu..Kenapa aku tak letak nama penuh? Sebab dari kecik aku tak suka nama aku..aku tak suka dengan nama aku yang last letter dia huruf 'H'. Berlagak giler lah dila ni kan? And waktu aku form three dulu, aku pernah suarakan ketidakpuashatian (ergh!panjangnya nak tulis) --" aku tentang nama aku. Aku tanya kenapa nama aku tak best bila disebut? Macam tak kena je? Kenapa nama aku tak letak nama Dila ke, Adila ke.. Mak aku cakap tu semua salah ayah aku (cehh..drama klasik oke..). Disebabkan nak senang ingat dan catchy untuk disebut so dia letak nama aku ada 'F'. Akak aku nama dia Norlina oke..(tiba memberontak) takde 'H' pun kat last.. Mak aku cakap dulu memang nak letak nama Adila, kalau letak Dila pendek sangat, dah itu yang abah nak..lepastu sampai sekarang aku mempersoalkan nama aku..hah..pasal nama je panjang berjela..

ini first entry (katanya) and aku masih lagi student. Memang ada je entry sebelum ni..tapi kan, mulut orang ni kita tak boleh tutup lah..orang tengok yg latest blogpost je, then buat kesimpulan. Blogpost dulu tak baca ke awak?

so kali ni aku malas nak spesifikasikan apa yang aku patut tulis..aku tulis pasal kisah hidup aku je lah..aktiviti aku yang tergedik-gedik ni (nak sedar diri ni). Sebab aku rasa orang sekarang online sebab nak senangkan hati..bukan nak sakit hati..so kite enjoy je.. ;)