Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday 13 September 2012

take care and don't give up on me

~assalamualaikum

lepas zohor tadi (13 september), aku gigihkan diri untuk mengheret langkah kaki ke kolej..mentang-mentang takde class, kemain malas lagi aku.. janji dengan feyra and jane skali dgn una nak discuss COMM RESEARCH. Pukul 2.00 lah kononnya..last-last dengan langkah kaki yang menggedik aku ni buatkan aku sampai kolej pukul2.15..

dengan bangga nya nak tunjuk kat jane apa yang aku dah buat untuk comm research..kemain sedap lagi aku mencucuk pendrive tu ke USB laptop jane..dengan tidak logiknya..*tett* *tett*! argh #$%^*&! pendrive aku kena virus lagi!sumpah seronok tak terkata..itulah hidup jangan bangga diri! dengan rasa yang marah aku terus pergi jumpa lect aku..tapi bukan lect comm research, tapi lect ETR..sekali bertambah lagi kerja aku..yeaaahhh!!! tambah lagi kemarahan aku disitu..

tiba-tiba rasa lapar (aku kalau tengah marah memang cepat lapar), lalu dengan segera aku ajak una pegi makan..tangan dah menggigil tengok document lain tak boleh bukak..pergi Zaza Ikhlas (ceewah! nama penuh!)..baru je ambik lauk..tiba-tiba phone una berbunyi..potpet potpet..

"Dila!Miss D kata kita kena naik sekrang!"

waktu tu korang tau tak apa aku rasa? rasa macam duduk zaman hostel dulu, baru nak telan nasik dah kena panggil..mcmnie lah hidup masscomm..hari-hari hidup kami macam minggu orientasi especialy sem5 macam kami..aku pun yang kebulur tahap zoragon, terus menyuap nasik..sedap weyh..ayam masak merah dgn kari ayam, ada pulak telur dgn sambal belacan! pergh!! lapar ittew!

tengah aku syok-syok makan, phone aku berbunyik..oke..tengok inbox..fizi..katanya takde transport. tengah syok-syok text, tiba-tiba takde kredit. Aku dgn una pun blah, tapi aku singgah kedai jap beli topup...dengan nasik yg sedang dikunyah di dalam mulut (oke..tipu..bombastik je tu) aku call miss.

"Assalamualaikum miss, saya dila. Miss, fizi takde transport, so nak saya ambik dia ke?"

"Yup, pergilah"

Aku sepantas ironman menuju ke rumah fizi..yeay! tengok-tengok fizi dah siap.

lalu sepantas kilat jugak aku ke kolej..mentang-mentang bawak kereta.kemain..sepantas lah..selaju lah.. --"

selepas sesi taklimat event dan segala yang sewaktu dengannya habis, balik rumah siap...ada date malam ni..date dengan kembar ittew! (ya rabbi! sumpah gedik aku ni.. --")

malam tadi duk bercerita, mula-mula segan je nak bercerita. Start pukul 9 lebih baru berani nak bukak mulut. Luahkan segala isi perut yang selama ni aku tahankan..sumpah baru lega! Baru rasa kuat. tapi kembar aku tu macam nak menangis je..maybe dia tak sangka kot..takpe..nasib kita serupa!

rasa bersalah and rasa macam mimpi pulak keluar dengan dia..tapi..tak tau lah..harap semua ok..walaupun pada mulanya aku rasa serba salah and marah kat dia, tapi at the same time dia perlu tahu hal sebenar.

apa pun, satu masalah dah terluah...dan mungkin ada hamba menanti untuk timbulkan masalah lain..semoga kami bertiga tabah mengharungi ;)

aku buat sesuatu benda bersebab, sebab aku sayang dengan apa yang ada di hadapan aku. Aku nak jaga hati semua orang, so I have to do something yg orang akan nampak pelik dan lain..aku tak senyum ada maksudnya, aku marah ada maksudnya, aku kecik hati ada maksudnya..so please don't give up on me..

0 comments:

Post a Comment