Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Tuesday 18 September 2012

ini hidup aku

~assalamualaikum

ya Allah kalau lah stamina aku tak kuat...kalau la aku ni umur dah 70 lebih..haruslah sekrang aku dah terlentang kat hospital..sangatlah sibuk walaupun pada dasarnya aku nampak macam tak busy, tapi sebenarnya aku memang busy..tak macam sesetengah orang yang assignment suruh orang buatkan and elakkan diri dari buat assignment dengan alasan kucing meninggal, terpaksa balik kampung sebab hati dah rindu pada kucing belakang rumah, bapak ular yang korang pelihara tu masuk hospital sebab tertelan berus gigi..HAHAAHHAHA!

minggu ni sibuk menyiapkan slideshow untuk presentation Advertising dengan report Comm Research..advert tu boleh je siap cepat..tapi disebabkan atas alasan-alasan yang tidak masuk air maka lambat lah siap walaupun slideshow tu bapak r simple nak buat..

yang paling stress nak buat comm research..banyak bebenor gangguan..memang pada mulanya aku malas nak ikut mak aku pergi k.l, tapi disebabkan itu hal keluarga so aku pun fllow the flow lah..niat di hati memang ada. aku tak nak ikut pun sebab nak kena buat interview dengan bartender area Kuantan untuk subjek research ni..sekarang aku baru tahu kenapa ramai orang suka kerja praktikal dari kerja theory..sebab praktikal sekali tu je buat dah siap..tapi kerja theory,segala kesalahan yang dilakukan di kerja praktikal dia akan tanggung bila kerja theory kena bash dengan lecturer..oke..sedih..

secara tidak sengaja aku telah follow mak aku pergi k.l, hal keluarga apa?mak saudara aku nak buat haji, so..dia pun teringin sangat nak jumpa aku..takkan lah aku tolak..nama pun mak saudara..hari sabtu bertolak. dalam pukul9.30 pagi and sampai sana nak dekat pukul2petang. jangan tanya kenapa lembab sangat dari kuantan ke k.l berjam lamanya.ini disebabkan ada penumpang yang melatah dan trauma dengan break kreta.iaitu...MAK AKU!

sebelum nak sampai tol gombak, abang aku yang duduk kat area Setia Alam tu message..setelah berbakul-bakul message diberi, dia baru nak cakap kat aku yg bahawasanya ada open house kat showhouse mak sdara bini dia..sampai je rumah akak sedara aku, makan then solat zohor, lepastu sembang-sembang and balik..balik rumah abang aku untuk tukar baju before pergi open house tu..

dalam pukul 8.30 kami dah bertolak ke DutaVila...oke..aku tahu ramai sangat yang pakai baju ala-ala pak guard kat situ..tapi aku tak tahu apa yang dyorang buat.lebih dari 20 orang jugaklah (sempat pulak aku kira kan?) takde pun yang betul-betul tunjuk kat mana parking...and apa yang aku nampak lagi dyorang ni bukan mengawal lalu lintas (sebab ramai warga berkulit tak cerah) maksudnya bukan warganegara MALAYSIA, so dyorang tak tahu yang roundabout kita macamana,so dia buat-buat bijak bagi jalan and ada kereta hampir nak berlanggar..(nampak tak cerdiknya kat situ)

kami pun redha je nak parking kat depan-depan showhouse tu betul..tapi kena halau dengan guard mana entah..then parking lah kat area jauh sikit..aku kesian kat mak ayah aku yang kena berjalan jauh..dah la tangga tinggi..majlis ni dibuat di DutaVilla yang dibawah syarikat perumahan yang diurus oleh mak saudara kak ipar aku ni..best la jugak tapi gak tak teratur maybe dyorang baru lagi kot..tapi yang best ada Aliff Satar and penyambut tetamu yang sangat kacak lagi bergaya..

aku perlu hipokrit sebab time nak balik tu dyorang ada bagi duit raya kat budak-budak and aku bukan kategori budak tau, aku dah 21tahun, ayat dia camnie
L: "hah, ini pun kena bagi duit raya jugak sebab dia budak kecik"
A:"eh,tak,saya mak cik pada budak ni..(sambil tunjuk ke arah anak sedara aku ygn tengah berlari-lari keseronokan)
L: "alah..mak cik dia pun tapi comle and muda lagi"

aku pun ambik jelah sebab dia dah hulur dari tadi..and kata-kata itu dapat sambutan gelak dari orang ramai (kawan-kawan dia) and aliff yang sedang berjalan menuju ke kereta..damn..malu kot..lagi best dia berani cakap camtu depan parents and abang-abang aku..terima kasih..

aku baru feeling cantik balik malam tu nak siapkan report so sampai-sampai rumah boleh terus tido and boleh bertolak lewat sikit sebab nak hantar mak saudara aku pergi kelana jaya..last-last..pukul10.30 aku dapat text dari Afiq

"esok kita ada shooting pukul10.30"

aku dapat je text tu terus juling kemeroyanan..giler lah..dah tu pukul brape aku kena bertolak?last-last call Afiq suruh tanggung..lepas Zohor..sampai je rumah aku terus solat and tukar baju pastu TAKE ONE! AND..ACTION!

and seperti biasa baru balik rumah ada orang call, baru nak makan ada orang call..macam semalam aku baru lepas solat and baru lepas balik dari shooting Amir call, suruh teman beli lampu. yang penting sekrang ni kena buat editing sampai siap and perempuan semua kena buat bahagian story board bagai..harap dengan pengorbanan kita semua ni berbaloi..ada yang sampai tak makan,sampai bengkak-bengkak mata semua..HAHAHAHA!

esok preview untuk cerita kyteorang ni..jadi..doakan kami berjaya..ni pun aku baru balik dari shooting..dari pukul6.30 pagi (walaupun pada akhirnya pukul7) baru start, tapi sangat best..

0 comments:

Post a Comment