Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday 23 December 2013

B.E.S (before exam syndrome)

~assalamualaikum

ini bukan istilah saintifik untuk penyakit. Aku buat sendiri..hehehehe..well actually berikut adalah sindrom2 yang kita akan dapat sebelum (beberapa hari sebelum) exam

1) waktu tu tengah gelabah nak siapkan assignment
    -ada assignment yang kita delay sampai satu masa lect nak kutip, hah!bertabur semua paper, 
     buku   dan sebagainya.
   

2) pada yang dah siap atau settle semua assignment
    -pada waktu tu kita kebosanan dan tak tahu nak buat apa (padahal boleh je nak study untuk exam), 
     lalu meroyan la kita mencari/mengadu pada bf/gf kita tentang kebosanan yang melanda. Waktu tu
     tak kira gender akan mengalami PMS berlebihan.

3) tiba-tiba rasa nak chillax
    -part paling tak best bila nak exam, bila rasa dah stress sangat mula la rasa nak pegi tengok 
     movies, karaoke dan sebagainya. Paling best kalau takde orang nak teman kau pegi chillax! hahah!

4) bila seminggu nak exam, bf@gf mintak break atau dah break pun
    -ini part yang bila mana kau rasa dunia menjadi kelam dan gelap. Nak mintak break pun tunggu la
     orang tu habis final (bertimbang rasa). Tapi sebenarnya tak banyak la yang boleh move on lepas
     break. Kalau perempuan mungkin mereka akan mengelar diri mereka??!!! dan yang lelaki akan
     menyeksa diri mereka dengan hisap rokok sampai diri mereka jadi abu??!!ataupun main game
     sampai 3pagi berturut-turut tanpa tidur??!!who knows???!!!

5) homesick
     -mungkin akan terjadi pada student2 yang duduk jauh. Macam aku ni study kat Shah Alam and
      nak balik Kuantan tak la jauh sangat. Macam mana dengan students yang homesick tapi rumah
      depa kat Sabah atau Sarawak?Kelantan?Perlis? Jauh gila wei!

6) suka tangguh study
    -alah final seminggu lagi,rileks la..esok exam,malam ni boleh baca. Tiba-tiba Khamis exam, Rabu
     baru nak baca, tapi malangnya Rabu tu hang overslept sampai pagi Khamis sebab hari sebelum tu
     hang main game??gosh!

7) kekeliruan buat study schedule
    -selalu terjadi kat aku. Contohnya seminggu lagi paper theory. So usually soalan divide by two
     section la at least (objective dgn subjective). then ko plan hari isnin sampai rabu ko nak buat past
     year paper part oobjective, sampai hari ko tak siap buat lagi past year part objective. Tiba2 ko baru
     teringat soalan subjective banyak nak kena hafal. And yeah!

And i wish good luck to everyone pada sesiapa yang akan sit for examination. Jangan nakal2 yaww~

Sunday 15 December 2013

END OF IT?

~Assalamualaikum

nak dekat SPM aku attend untuk bengkel Maths. Seronok wei belajar ni, cuma rezeki aku tak murah sangat waktu tu.. 3hari 2 malam. abang aku ambik and hantar aku. Hari second last tu sampai kat bypass yang selalu jadi accident, aku tengok kat side mirror. Nampak macam bayang2. Dalam hati dah rasa macam2 dah. Makin lama makin jelas. Memang cantik benda tu duduk belakang aku, rupa dia macam yang dalam cerita Jangan Pandang Belakang.

Apa yang aku perasan, abang aku makin lama makin laju bawak kereta. Sampai je rumah dia terus masuk rumah, pagar dia tinggalkan macam tu je. Waktu nak SPM tu seminggu ke dua minggu jugak kot aku stay situ, and ada solat hajat and sesi bermaaf-maafan.

Yeah aku tahu siapa target aku. Bukanlah nak balas dendam. Tapi kena fikirla sikit pasal orang lain.

"Dila..aku nak mengaku satu benda ni, aku mintak maaf lah aku yang sebar fitnah pasal kau. Aku yang kata kau mengorat ayah Na... . aku yang beli number baru tu text dgn ayah dia. Aku mintak maaf sebab aku,orang panggil kau jalang"

Aku pun cakap la kat dia benda dari A sampai Z. Tersedu sedan lah. Sekarang alhamdulillah aku rasa sihat dah daripada benda2 macam tu. Aku bersusah payah jugak lah. Tahun 2012 jugak lah..pertengahan tahun tu. Benda tu ditanam kat belakang rumah aku. Orang yang buat fitnah pasal aku ni text dengan ayah kawan dia tu dekat je rumah dia dengan rumah aku, selang 7 atau 8 lorong je.

Cuma nak nasihatkan you guys, janganlah ulang benda yang sama. Aku ni tak buat apa2. Tapi kalau benda ni pasal lelaki (mungkin aku berkawan rapat dengan lelaki yang korang suka), cemburu (sebab family aku), atau mungkin sakit hati sebab aku ni sombong (aku ni dapat title pelajar paling pendiam tau?), atau aku ni mulut jahat (tak bercakap pun dengan orang, senyum je), rasanya tak cukup kukuh lagi alasan tu.

aku dapat tahu yang ambik inner wear tu lelaki india. Muka aku macam india ke dalam air tu? Enough of it. Jangan kesiankan aku, cukup kesiankan my mum and dad. Berapa banyak air mata, tenaga, masa dan duit dikorbankan. Imagine if i ni pendendam, buat balik macam tu kat you guys. Macamana? Parents korang.hmm..

And yeah i'm so sorry kalau ada yang rasa aku ni annoying masa diploma dulu aku terlalu ambik kira setiap yang orang cakap pasal aku, paranoid. Kalau aku tak ambik tahu pasal benda2 tu, aku takut orang akan buat macam masa aku form5 dulu. Aku ada reasons untuk semua tu..buatla hal masing2. Aku ni bukannya pool dancer ke, kaki clubbing ke, playgirl ke. Aku ni perempuan biasa je..nak belajar, nak berkawan.








BUATAN ORANG PART 5

~Assalamualaikum

sorry kalau ada yang bosan sebab aku fenfeeling ni cerita bersiri sinetron. Aku tak nak bg mata korang penat baca panjang2 berjela cerita dalam 1 post. hehehhee.. so after that incident mak aku tanya "adik kenapa ni?, makin teruk je ni?". Jumpa dah ustaz tu tapi macam takde kesan. Aku bukan tak percaya, tapi aku kesiankan mak ayah aku. Seriously aku rasa aku ni anak yang paling menyusahkan.

Malam tu aku rasa tangan aku tak boleh bergerak. Ya, dua2 tak boleh bergerak. Sedangkan minggu depan dah nak start trial SPM. Aku ni memang penggeli orangnya. Tapi dalam situation macam tu aku kena jugak mintak tolong ayah aku. Weyh nak trial kot!Tak buat revision lagi. Ayah aku urut lengan aku. sumpah aku menjerit, terpekik terlolong. Bengkak kot. Sebab sebenarnya ayah aku takde problem urut orang bengkak ni. Terus okey. Aku nampak ayah aku tak sampai hati nak urut aku. Dengar aku menjerit lagi, menangis lagi.

Makan ubat pain killer tapi tak effect apa2. Masih tak boleh bergerak. Jadi macam mana aku nak mandi? nak makan?nak solat? Sampai satu tahap aku nak ambik benda yang jatuh atas lantai. aku kena duduk, ambik dengan mulut. Happy sungguh orang yang membomohkan orang ni.

Abang aku ada suggestkan sorang pak cik ni, dia kata haritu pak cik ni ubatkan anak dia, tutupkan hijab. So hari apa entah dia bawak la aku pegi jumpa pak cik tu. Dia kata "waktu awak masuk tadi benda tu masuk sekali, sebab burung kat luar tu berbunyi. Okey..seram.

Dia urutlah tangan aku. Aku ni dah cepat2 cengkam tangan abang aku, abang aku pun dah ready2 nak menjerit. Sebab dia takut aku pegang kuat. Aku rasa better la sikit pastu. Dia ada bagi aku buah limau buat pendinding? tangkal katanya? time tu tak la rasa pelik lagi. And he gave me kemenyan. Dia kata simpan bawah bantal. Im wondering la. why?

So malam tu aku tak boleh tidur. Mak aku pun sama. Mak aku temankan la aku tidur. Tiba2 dalam pukul 12 a,m aku dengar bunyi macam orang main bola, baling ke dinding. Menggigil aku carik buah limau. Mak aku pun dah menggigil sama.

Pagi esoknya tu aku kata kat mak aku "bukan tak percaya mak, tapi dia cikgu silat, memang ada dibelanya" bukanlah persepsi aku pada semua cikgu silat. Tapi bunyi benda tu. Abang aku boleh kata, "ouh penjaga dia main buah limau tu" what? seriously? disebabkan aku kena pegi rumah pak cik 3hari berturut-turut, so aku pun  ikutkan je lah. bukan elok sangat lagi lengan aku ni.

Memang seharusnya aku tak ambik trial SPM. thorniah umur baru 17 tahun tapi boleh buat orang sampai tak ambik exam. So ada la 2 paper je aku ambik. Study? memang tak dapat lah. Study la sikit2. Baca buku la jugak.

So aku ni sebenarnya selepas berubat dengan pakcik tu bezanya dapatla tidur malam. Walaupun dengar bunyi buah limau kena baling2, bunyi orang ketuk kat tingkap. Waktu aku nak study untuk trial exam tu aku baca la notes, aku baca kat ruang tamu sebab aku takut kalau sunyi2. Tiba dengar bunyi nafas kat telinga aku. Aku dah ketaq dah. Baca semua surah dah, then kertas notes2 aku tu berterbangan kena lempar. Ohoo i have no idea siapa yg lempar. Apa yang aku nampak kertas tu dilempar kat aku.

Menggigil tak ingat apa. Aku masuk bilik mak aku. ambik selimut tutup badan. Seriously dalam situation macam tu aku tak tahu apa aku baca..mungkin alif ba ta?











BUATAN ORANG PART4

~Assalamualaikum

sory sangat2 lama tak update blog..bukan apa..masa tak sesuai nak tulis..sebelum nak exam SPM, ayah aku ada cakap kat aku "dah okey dah?kena masuk asrama balik lah sebab nak exam dah ni". Aku faham makna ayat tu. Then aku kata okey.

Masa aku nak daftar masuk hostel balik, aku kena jumpa dengan warden hostel.

"Kalau awak nak dorm  lain pun boleh.."

itu yang dia cakap. So aku rasa lega. that means aku tak perlu dah nak tidur sebilik dengan orang2 macam tu. Cukuplah seksa tu. Aku pun kata kat warden tu yang aku nak bilik dulu. Waktu aku form4. Then warden kata okay.

Ramai la yang terkejut aku pindah bilik. Kawan aku kata "kenapa kau tinggal aku wei? aku sorang2 je kat bilik tu" dalam hati bukan tak kesian, tapi seksa tu aku yg tanggung. Aku pun kata kat dia "At least ko boleh jumpa aku kat bilik prep. kan?" Barula dia tersenyum.

Ada la 5 atau 6 orang kawan2 aku yg sebilik dengan aku waktu form4 dulu. Senang sebenarnya duduk situ. atas surau,kanan toilet,bawah bilik prep. Tak la sunyi sangat. As usual memang susah aku nak lelapkan mata first night kat bilik tu. Sebab budak2 ni combine semua katil and semua tidur kat atas. Aku? no place to sleep actually. So aku tidur kat bawah. Sorang2. Takut? of course takut.

Tiba-tiba ada orang tegur aku, "awak nak tidur bawah sorang2 ke?" and i said "yes. nape?". "tidurlah atas ni, tidur kat sebelah kita, sebab member tak balik lagi". Aku pun okey kan je lah. Baru je nak tertidur, pukul3pagi again aku terbangun. Aku rasa macam ada benda berat kat atas peha aku. Sebab aku tidur mengiring. Okey..bukan hantu ke apa. Kaki budak perempuan tu. And aku baru teringat yang rumours said dia tu lesbian. What the..?? and she's starting freaking me out. Nak peluk bagai. Jadi aku rasa daripada aku ni tergolong dalam golongan Nabi tak mengaku ummat, baik aku tidur bawah. Redha kalau kena kacau dengan iblis.

Esoknya aku ke class seperti biasa. Aku nampak la beberapa muka manusia yang tak puas hati. Ada juga geng2 tu tanya "awak,nape tak pindah bilik tu?". Wah! sejuk rasa hati. Dah siap ugut aku suruh mengaku aku ni curik inner wear korang, boleh pulak tanya macam tu. Nak tau apa aku balas? aku senyum je. Yes seikhlas yang mungkin sebab aku sangat baik waktu tu.

aku tak ingat seminggu atau dua minggu aku duduk hostel. Waktu tu kecoh pasal histeria. Tapi aku cool je lah sebab i think benda tu jadi sebab dyorang stress sangat. Tahu2 lah dah nak trial exam. Hari khamis tu, lepas perhimpunan pagi ada cikgu ni merangkap ustaz dan merangkap warden kata suruh stay kat situ. Dia pun explain pasal kejadian histeria. Dia tanya kalau ada yang memang pernah kena histeria bagitau, atau ada saka ke apa. So kawan aku ni 2orang tak silap aku, keluar dari situ. And dimasukkan dalam bilik. (kuanrintin kononya)

aku tak ingat apa yang cikgu tu suruh kami buat apa. Something like baca ayat kursi sambil imagine lawan jam ke apa entah. Kyteorang buat. Aku sedar2 aku rasa aku takde jantung. Cuma angin kat dada aku. Sejuk.  Aku rasa macam aku boleh kawal minda aku, tapi macam ada benda suruh aku "buat lagi, buat lagi". Aku nampak ada a few dah menjerit. Aku cuma boleh dengar suara aku menjerit, tapi aku tak tau kenapa aku menjerit.

And aku sedar2 aku kat bilik guru. And cikgu class aku perhatikan aku sambil senyum (lelaki pulak tu). "Dila okey? dila stress?" aku tak kata apa2. Aku sedar ayah aku datang and bawak aku masuk dalam kereta. Jari aku lebam, kuku aku lebam. Tangan aku sakit. Ya aku ingat satu benda tu, budak yg bawak gambar aku pegi jumpa ayah sdara dia yang kata nampak muka aku dalam air mecuri tu yg pegang aku. Aku sure sangat.

~bersambung