Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 15 December 2013

BUATAN ORANG PART 5

~Assalamualaikum

sorry kalau ada yang bosan sebab aku fenfeeling ni cerita bersiri sinetron. Aku tak nak bg mata korang penat baca panjang2 berjela cerita dalam 1 post. hehehhee.. so after that incident mak aku tanya "adik kenapa ni?, makin teruk je ni?". Jumpa dah ustaz tu tapi macam takde kesan. Aku bukan tak percaya, tapi aku kesiankan mak ayah aku. Seriously aku rasa aku ni anak yang paling menyusahkan.

Malam tu aku rasa tangan aku tak boleh bergerak. Ya, dua2 tak boleh bergerak. Sedangkan minggu depan dah nak start trial SPM. Aku ni memang penggeli orangnya. Tapi dalam situation macam tu aku kena jugak mintak tolong ayah aku. Weyh nak trial kot!Tak buat revision lagi. Ayah aku urut lengan aku. sumpah aku menjerit, terpekik terlolong. Bengkak kot. Sebab sebenarnya ayah aku takde problem urut orang bengkak ni. Terus okey. Aku nampak ayah aku tak sampai hati nak urut aku. Dengar aku menjerit lagi, menangis lagi.

Makan ubat pain killer tapi tak effect apa2. Masih tak boleh bergerak. Jadi macam mana aku nak mandi? nak makan?nak solat? Sampai satu tahap aku nak ambik benda yang jatuh atas lantai. aku kena duduk, ambik dengan mulut. Happy sungguh orang yang membomohkan orang ni.

Abang aku ada suggestkan sorang pak cik ni, dia kata haritu pak cik ni ubatkan anak dia, tutupkan hijab. So hari apa entah dia bawak la aku pegi jumpa pak cik tu. Dia kata "waktu awak masuk tadi benda tu masuk sekali, sebab burung kat luar tu berbunyi. Okey..seram.

Dia urutlah tangan aku. Aku ni dah cepat2 cengkam tangan abang aku, abang aku pun dah ready2 nak menjerit. Sebab dia takut aku pegang kuat. Aku rasa better la sikit pastu. Dia ada bagi aku buah limau buat pendinding? tangkal katanya? time tu tak la rasa pelik lagi. And he gave me kemenyan. Dia kata simpan bawah bantal. Im wondering la. why?

So malam tu aku tak boleh tidur. Mak aku pun sama. Mak aku temankan la aku tidur. Tiba2 dalam pukul 12 a,m aku dengar bunyi macam orang main bola, baling ke dinding. Menggigil aku carik buah limau. Mak aku pun dah menggigil sama.

Pagi esoknya tu aku kata kat mak aku "bukan tak percaya mak, tapi dia cikgu silat, memang ada dibelanya" bukanlah persepsi aku pada semua cikgu silat. Tapi bunyi benda tu. Abang aku boleh kata, "ouh penjaga dia main buah limau tu" what? seriously? disebabkan aku kena pegi rumah pak cik 3hari berturut-turut, so aku pun  ikutkan je lah. bukan elok sangat lagi lengan aku ni.

Memang seharusnya aku tak ambik trial SPM. thorniah umur baru 17 tahun tapi boleh buat orang sampai tak ambik exam. So ada la 2 paper je aku ambik. Study? memang tak dapat lah. Study la sikit2. Baca buku la jugak.

So aku ni sebenarnya selepas berubat dengan pakcik tu bezanya dapatla tidur malam. Walaupun dengar bunyi buah limau kena baling2, bunyi orang ketuk kat tingkap. Waktu aku nak study untuk trial exam tu aku baca la notes, aku baca kat ruang tamu sebab aku takut kalau sunyi2. Tiba dengar bunyi nafas kat telinga aku. Aku dah ketaq dah. Baca semua surah dah, then kertas notes2 aku tu berterbangan kena lempar. Ohoo i have no idea siapa yg lempar. Apa yang aku nampak kertas tu dilempar kat aku.

Menggigil tak ingat apa. Aku masuk bilik mak aku. ambik selimut tutup badan. Seriously dalam situation macam tu aku tak tahu apa aku baca..mungkin alif ba ta?











0 comments:

Post a Comment