Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday 28 November 2012

Istanbul Aku Datang and Twilight

~assalamualaikum

alhamdulillah nak dekat dua minggu demam, baru sembuh..pheww! Well saja tulis entry ni sebab minggu ni dua kali tengok muvi!! Betapa berlagaknya aku di fidunnya sebab sepanjang sem5 ni tak tengok movie pong..ada lah sekali..itu pun dah hujung-hujung sem..

After register untuk new semester, terus text fizi untuk confirm balik jadi ke tak tengok movie. Bawak adik dia uollsss!! Itu pun dah lewat, around 3.30 p.m baru sampai bandar..then semua movie yang berhajat nak tengok, semua tengah now showing. Pusing punya pusing satu mall tu, akhirnya aku decided nak tengok Istanbul Aku Datang and bukan senang nak yakinkan member aku sorang tu tengok citer Melayu (katanya). Lagi best bila Safuan join skali tengok citer tu. Komentar tegar filem Melayu. Cewaah! Jangan marah saya ^-^

Komen aku untuk cerita tu? Cute! I know some of us ada pertikaikan  ayat yang Tomok cakap lebih kurang macam ni "sini kan negara Islam..tak manis lah kalau berpeluk-peluk macam tu..". Then Lisa cakap "Alah kat Malaysia boleh je?". Waktu tu Safuan ada cakap kat aku "apa yang best cerita ni sampai ada dialog yang malukan negara sendiri?", aku pun jawab "dialog tu cuma sindiran je.."

Part paling comel bila Lisa thought that Beto tu was a gay. Setiap kali teringat yang Beto was a gay je, tiba-tiba Lisa terbayangkan Beto berpeluk dengan mamat Istanbul tu, siap ada pelangi uolls! --" and i nampak Lisa cute dengan legging tu..badan dia nak chubby sikit kan?

Cerita Twilight baru tengok petang tadi..HOHOH! Seperti biasa Kristen Steward semakin cantik and banyak benda yang unexpected dalam Breaking Dawn Part2 ni. Part Volturi and Vampires bergaduh tu superb! Dah sejuk beku dah aku tengok, sebab Edward's dad mati..

The huge wolfs pun best! Ada junior baru! Comel! And tak sangka yang Jacob ada affair dengan Renesmee.. Awesome  punya holiday!

~wassalam!


Sunday 18 November 2012

Kawan dan Keluarga. Mana lagi Penting?

~Assalamualaikum

Salam Awal Muharram everyone! Ye aku tau aku lambat wish..semoga kita semua memulakan hidup yang lebih baik dan dapat tingkatkan ibadah kepada Allah..

Ada yang tanya mana penting dalam hidup ni? Keluarga atau Kawan?

Keluarga tu sebenarnya lagi penting. Atau yang lebih spesifik lagi ibu bapa. Betul tak aku kata, 

Kalau kita ada masalah dengan kawan, pada siapa kita akan share masalah tu?

Kalau kita ada masalah dengan roomates/housemates sampai terpaksa keluar rumah, dengan siapa kita akan inform dulu?

Kalau kita dah berkahwin/bertunang dan kita putus tunang atau bercerai, rumah siapa kita akan tuju?

Jawapannya: KELUARGA, KELUARGA, KELUARGA, KELUARGA.

Oke. Kalau family tak bagi sokongan pada kita? Dengan siapa kita akan mintak tolong? Mesti dengan sepupu atau saudara mara terdekat. Dan kalau semua saudara mara kita, keluarga kita tak nak tolong kita, barulah kita mintak tolong dari kawan. Jadi yang paling utama sekali adalah keluarga.

Tak semua kawan kita jahat, tapi tak semua baik. Ada masa, sesetengah dari mereka pentingkan diri sendiri, tak nak terbabit dengan masalah yang MUNGKIN berpunca dari diri mereka sendiri. Tapi ada juga yang baik dan sentiasa dengar dan faham masalah kita, tapi tak bermakna bila dia sentiasa mendengar masalah kita, 24jam kita nak cerita masalah kita. Kita kena tahu, dia mungkin ada masalah YANG LAGI BESAR dari kita. Sebab orang yang empathy ni mereka pernah melalui pengalaman yang LAGI TERUK dari kita.

Berapa percent kepercayaan kita pada kawan-kawan kita? Kalau kita ada masalah dengan kawan, adakah dengan kawan jugak kita cerita semua benda? Confirm and confident ke yang kawan-kawan kita TAKKAN BUKAK CERITA/AIB kita? Sebenarnya kita tahu yang rahsia kita takkan bertahan lama kalau kita cerita kat member-member kita, tapi disebabkan oleh beberapa faktor, contohnya: masalah dengan boyfriend, open ke family kita nak dengar masalah kita? Kadang-kadang aku sendiri ni pun malu nak cerita pasal boyfriend ni.. :P

Jadi kita sendiri kena fikir jugak mana yang patut diutamakan. Tapi yang pasti parents kita, SILA JANGAN SESEKALI kita ketepikan mereka. Aku ni pun bukanlah arif sangat pasal benda-benda macam ni, sebab nafsu butakan mata kita dan kita melihat apa yang kita nampak dari luar, bukan dari dalam. Waktu baru nak "UP" jadi remaja dulu, semua benda campak tepi. TAPI family kita sebagai orang dewasa kena jadi matang dan lebih sabar.

Orang tua kata, "orang muda ni darahnya panas". Sebab tu kita selalu nak marah dan tak nampak kesan baik buruk. Bagi aku as a "orang muda", KAMI ANGGAP orang yang berusia SUKU ABAD cukup matang untuk mendidik dan mengajar kita. Api tak boleh lawannya Api. Ego tak boleh lawan dengan ego..

~wassalam



Friday 2 November 2012

NOTE!

~assalamualaikum

last week someone posted at his wall post..tentang cakap tak serupa bikin. Contohnya kita post kat fb suruh orang solat, mention pasal hadith, but kita sendiri pun malas and tak praktikkan benda tu. Well, sorry kalau sebelum ni aku ada persoalkan "Alah kau tu bukan baik sangat pun, ada hati nak jadi ceramah orang". Tapi semalam sembang punya sembang dgn member aku, ada satu benda yang kita patut tanam dalam diri kita..


" Bila seseorang itu tulis perkara-perkara yang berunsurkan keislaman, kata-kata nasihat SEDANGKAN diri dia sendiri SEORANG YANG SOSIAL, JANGAN sesekali kita MENGHENTAM dia dengan kata-kata nista. Perlu kita ingat APABILA ROH TERPISAH DARI JASAD, maka doa dari anak yang soleh, sedekah dan ilmu membantu kita di alam barzakh (kalau nak tau lebih kena tanya ustaz oke?). Misal kata dia share kat fb tentang khasiat surah Kursi, and kita terbaca dan start dari hari tu kita praktikkannya, WALAUPUN orang yang post benda tu TAK PERNAH PRAKTIKKAN. Tapi bila kita meninggal dunia itu yang membantu kita di 'sana'. Apa yang penting sekarang ni kita PERLU LIHAT pada APA YANG DIUCAPKAN oleh orang tersebut dan BUKAN SIAPA orang tu"


"Kita semua PANDAI CAKAP (MANA ADA MANUSIA SEMPURNA) tapi kenapa kita hentam orang yang post benda-benda baik?"


I tak pernah cakap I alim, tapi I try carik mana nak mula? macam mana nak kekalkan? I tak pernah cakap I ni sangat baik. Mungkin ayat aku salah sebab aku cakap "jom kite ramai-ramai pakat pakai tudung. Bukan ke selangkah kite keluar rumah tak pakai tudung, ayah kite yang akan terseksa di sana nanti? (kalau anak perempuan dia belum kawin). And i pun ada mention jugak I pesan ni untuk diri sendiri jugak sebab kadang-kadang ikut suka je nak tanggal tudung. Beberapa hari kemudian I kena hentam. Ada orang cakap "Kau pun pakai tudung cukup-cukup makan je, legging dgn skinny pun pernah pakai ada hati nak nasihat orang". Maybe dia tak perasan  yang first 3rd blog aku ada pernah cakap yang "aku teringin nak kurus pastu nak pakai skinny". And aku ada cakap "patutlah tak kurus-kurus sampai sekarang, niat tak baik..".  Tapi kan, macamana dia tau aku pernah pakai legging?? Pernah tu memang pernah, waktu swimming class, dua kali, lepastu gua malu sebab gua sangat gemuk untuk pakai mendalah tu

I mintak maaf lah kalau ada salah silap pada orang tu sampai buat dia naik angin tahap apa, tapi i tak pernah kata i TAKKAN BUKAK TUDUNG. Sebab i MASIH tercari macamana nak kekalkan tutup aurat ni, apa pakaiana sesuai, kadang-kadang i was'nt realise yang baju or tudung i pakai tu ternampak leher or jarang..SORRY~

~wassalam

ihsan idea dari 
Ms. Adieyla Abdul Malek and Mr. Amirulhaq Amran (bukan boyfriend saya)

Thursday 1 November 2012

50 things people never know about me

~assalamualaikum..

aku ada nampak kat twitter tentang #100thingsaboutme (yeke?). Tapi untuk tulis kat twitter 100 benda tu memang tak akan aku buat. Menyusahkan aku sebab banyak sangat nak kena taip, dan menyusahkan orang lain sebab penuh dengan tweet aku kat timeline dyorang..

memang kita sebenarnya tak bagus sangat untuk nilai diri kita, kawan-kawan maybe boleh (sikit je oke). Tapi parents kita sebenarnya lebih tahu siapa kita...so ini adalah 42 benda tentang aku, walaupun korang tak nak tahu, tapi aku nak bagitau jugak..

1. Dila adalah seorang: Yang rajinnya tak lama. Kalau rajin satu rumah boleh dia bersihkan

2. Dila adalah seorang: Yang suka masak!

3. Dila adalah seorang: Suka masak untuk orang lain, tapi kalau orang tak makan makanan 
                                  yang aku buat tu, sentap gilaks! -_____-

 4. Dila adalah seorang: Sangat bersungguh-sungguh bila rajin aku datang! Contohnya, kalau
                                   aku masak untuk lunch,aku akan buat dessert. Siap buat plating  
                                   giteew!

 5. Dila adalah seorang: Yang tak sedar diri bila aku tengah bergurau senda dengan abang 
                                  aku

 6. Dila adalah seorang: Yang tak suka tunggu orang waktu pagi-pagi buta, sebab aku akan
                                   mudah rasa nak buang air besar :P *tak senonoh*

 7. Dila adalah seorang: Prefer duduk rumah sorang-sorang daripada keluar pegi shooping
                                  sebab duit selalu takde. Sedih!

 8. Dila adalah seorang: Yang tak kisah orang lain pakai Blackberry ke, iPhone ke, Tab ke.

9. Dila adalah seorang: Tak sabar

10. Dila adalah seorang:  Tak sabar dengan budak-budak yang degil dan pernah campak
                                    kereta mainananak sdara aku sampai bersepai

 11. Dila adalah seorang:  Bila marah, cakap orang semua tak guna

 12. Dila adalah seorang: Berlembut dengan kawan-kawan, walaupun kawan2 aku tak suka
                                    aku. Sebab aku ni susah nak dapat kawan sebab mulut takde..

13. Dila adalah seorang: Yang mudah bengang bila aku dalam nada bergurau, tapi kawan dia
                                   atau sape-sape yang ada kat situ ambik benda tu terlalu serious

 14. Dila adalah seorang: Yang takkan give up walaupun apa yang dia buat tu tak berjaya.
                                    Contohnya, kalau aku fail buat kek, hari esok,lusa, tulat aku akan 
                                    terus cuba walaupun kena tebalkan muka nak tanya orang.

 15. Dila adalah seorang: Banyak tanya bila benda tu aku betul-betul tak tau

 16. Dila adalah seorang: Akan cepat lupa bila hal sindir menyindir aku. --"

 17. Dila adalah seorang: Akan cepat-cepat mintak maaf atau pujuk orang yang dia dah 
                                    buat salah

 18. Dila adalah seorang: Pembenci Penfitnah

19. Dila adalah seorang: Pencabar

 20. Dila adalah seorang: Yang tak ambik kisah bila ada yang terasa dengan kata2 dia. 
                                   Sebab kalau kata2 tu bukan untuk kita, kita tak perlu terasa.

 21. Dila adalah seorang: Very welcoming bila ada orang nak kawan dengan dia

22. Dila adalah seorang:  Yang tak akan menangis bila melibatkan hal family. Mak aku 
                                    menangis pun aku buat bodo. Sebab..

 Dan kalau mak aku menangis, aku takkan menangis sebab orang yang ada masalah tu akan terbeban bila tengok anak dia pun menangis.

23. Dila adalah seorang: Yang tabah bila takde siapa pedulikan dia.

 24. Dila adalah seorang: Yang kuat.walaupun satu sekolah fitnah dia

 25. Dila adalah seorang: Keras hati untuk maafkan orang lain bila diri dia kena fitnah

 26. Dila adalah seorang: Akan sentiasa tersenyum bila berhadapan dengan orang yang benci dia

 27. Dila adalah seorang: Ambil berat

 28. Dila adalah seorang: Gemuk

 29. Dila adalah seorang: Bila ada masalah..MAKAN!

 30. Dila adalah seorang: Pendengar yang setia bila kawan-kawan dia atau family dia ada masalah

 31. Dila adalah seorang: Kuat verangan

 32. Dila adalah seorang: Melatah

 33. Dila adalah seorang: Anak bongsu

 34. Dila adalah seorang: Yang benci bawak payung (ladies sgt katanya)

 35. Dila adalah seorang: Takkan bawak tisu unless tengah selsema.

 36. Dila adalah seorang: Tak boleh makan daging banyak sangat sebab nanti sakit kepala

 37. Dila adalah seorang: Nak yang terbaik untuk semua orang

 38. Dila adalah seorang: Mempunyai cita-cita yang tinggi

 39. Dila adalah seorang: Yang suka ayam! (ayam masak merah!)

 40. Dila adalah seorang: Seorang yang degil

41. Dila adalah seorang: Yang alah dengan semua aksessori yang bukan emas..cess! Kalau 
                                   yang plastik oke je, yang jenis silver tak tau apsal tak boleh
                                   Kulit ni gedik giler



42. Dila adalah seorang: Melatah --"