Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 18 November 2012

Kawan dan Keluarga. Mana lagi Penting?

~Assalamualaikum

Salam Awal Muharram everyone! Ye aku tau aku lambat wish..semoga kita semua memulakan hidup yang lebih baik dan dapat tingkatkan ibadah kepada Allah..

Ada yang tanya mana penting dalam hidup ni? Keluarga atau Kawan?

Keluarga tu sebenarnya lagi penting. Atau yang lebih spesifik lagi ibu bapa. Betul tak aku kata, 

Kalau kita ada masalah dengan kawan, pada siapa kita akan share masalah tu?

Kalau kita ada masalah dengan roomates/housemates sampai terpaksa keluar rumah, dengan siapa kita akan inform dulu?

Kalau kita dah berkahwin/bertunang dan kita putus tunang atau bercerai, rumah siapa kita akan tuju?

Jawapannya: KELUARGA, KELUARGA, KELUARGA, KELUARGA.

Oke. Kalau family tak bagi sokongan pada kita? Dengan siapa kita akan mintak tolong? Mesti dengan sepupu atau saudara mara terdekat. Dan kalau semua saudara mara kita, keluarga kita tak nak tolong kita, barulah kita mintak tolong dari kawan. Jadi yang paling utama sekali adalah keluarga.

Tak semua kawan kita jahat, tapi tak semua baik. Ada masa, sesetengah dari mereka pentingkan diri sendiri, tak nak terbabit dengan masalah yang MUNGKIN berpunca dari diri mereka sendiri. Tapi ada juga yang baik dan sentiasa dengar dan faham masalah kita, tapi tak bermakna bila dia sentiasa mendengar masalah kita, 24jam kita nak cerita masalah kita. Kita kena tahu, dia mungkin ada masalah YANG LAGI BESAR dari kita. Sebab orang yang empathy ni mereka pernah melalui pengalaman yang LAGI TERUK dari kita.

Berapa percent kepercayaan kita pada kawan-kawan kita? Kalau kita ada masalah dengan kawan, adakah dengan kawan jugak kita cerita semua benda? Confirm and confident ke yang kawan-kawan kita TAKKAN BUKAK CERITA/AIB kita? Sebenarnya kita tahu yang rahsia kita takkan bertahan lama kalau kita cerita kat member-member kita, tapi disebabkan oleh beberapa faktor, contohnya: masalah dengan boyfriend, open ke family kita nak dengar masalah kita? Kadang-kadang aku sendiri ni pun malu nak cerita pasal boyfriend ni.. :P

Jadi kita sendiri kena fikir jugak mana yang patut diutamakan. Tapi yang pasti parents kita, SILA JANGAN SESEKALI kita ketepikan mereka. Aku ni pun bukanlah arif sangat pasal benda-benda macam ni, sebab nafsu butakan mata kita dan kita melihat apa yang kita nampak dari luar, bukan dari dalam. Waktu baru nak "UP" jadi remaja dulu, semua benda campak tepi. TAPI family kita sebagai orang dewasa kena jadi matang dan lebih sabar.

Orang tua kata, "orang muda ni darahnya panas". Sebab tu kita selalu nak marah dan tak nampak kesan baik buruk. Bagi aku as a "orang muda", KAMI ANGGAP orang yang berusia SUKU ABAD cukup matang untuk mendidik dan mengajar kita. Api tak boleh lawannya Api. Ego tak boleh lawan dengan ego..

~wassalam



0 comments:

Post a Comment