Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday 15 April 2013

Sebab-sebab kenapa orang sentiasa iri hati dengan kita

~assalamualaikum

wow~eh! salah! yup..lama aku tak post new blog dengan cerita baru. Apa pun aku bersyukur sangat sebab dah habis diploma wei!!! OK..OVER~

sekarang ni aku masih lagi mencari segala job vacancy. Sebenarnya boleh je aku kerja dengan kak ipar aku. Tapi, actually nak cari pengalaman baru je..yang relate dengan apa yang aku akan belajar bila degree nanti. Aku tak kisah walaupun tahap cleaner..tapi aku nak carik pengalaman baru, nak asah bakat CEWAH KAU! Nak improve-kan lagi communication skills ni..

So kali ni dengan entry baru yang bertajuk "Sebab-sebab kenapa orang sentiasa iri hati dengan kita"

1) RUPA FIZIKAL
zaman sekarang orang terlalu mementingkan rupa fizikal, baik dari segi bentuk badan, rupa paras, cara  berpakaian and macam-macam lagi sedangkan kita tahu yang sebenarnya benda tu tak mencerminkan apa yang ada dalam diri kita.

contohnya macam bentuk badan. Korang dulu badan berisi, sekarang dah ada a very perfect shape, bila kawan u guys tengok..mula la nak kata "Dia tu mesti makan something kan.

Yang sebaliknya pulak, kalau dulu korang badan kurus, sekarang dah berisi giler, orang mesti kata "alaaaa..dah terlanjur dengan jantan lah tu"

2) HARTA
bagi orang yang sangat down to earth, mereka langsung tak riak tentang harta. Orang sekarang suka sangat dengki sebab member dia ni berharta.

Contohnya kalau parents korang ni memang jenis suka spent money untuk anak-anak dyorang, belikan itu dan ini, mesti ada je kawan2 u guys yang kata "Untunglah kan, nak apa, semua dapat". So i think orang yang berada, they suppose to very down to earth sebab kalau kita riak dengan orang yang dengki dengan kita tu, hmm..padanlah muka orang cakap camtu.

Tapi pada orang yang suka mendengki tu, seeloknya janganlah gatal-gatal mulut tu, busuk2kan hati tu. Rezeki masing-masing. Kalau dia riak dengan kita, in sha Allah one day kemewahan dia tu beralih pada kita. Biar je lah parents dia nak bagi benda tu, dah dia mampu..bukannya mak atau ayah dia belikan untuk skandal2 dyorang ke, untuk anak sendiri kot.....

Sesiapa yang pernah dengki jenis yang macamtu, bertempat lah. Kalau kita takde mak ayah dah, takpe..usahalah bagi berjaya. Mana tau boleh jagi lagi berharta dari kawan2 korang. Iri hati ni dapat stress je, seri muka hilang.

3)SOCIAL STATUS

ada jugak antara kita yang mendengki oleh sebab social status masing2. Contohnya kalau bagi perempuan, kalau korang dah ada boyfriend, then kawan korang takde, mesti nak kata "Untunglah boyfriend belanja", "Untunglah boyfriend ada". Poyo bebenor orang camtu..kat facebook like page "benci couple", "bercinta selepas kawin" (bukan niat burukkan page tertentu), tapi dengan member2, dengki. Kalau dah obviously korang tak minat nak ber-boyfriend cakap je lah "Untunglah aku tak terdedah dengan zina hati". Kan senang! emosi pulak aku.. --"

lagi satu kalau kita banyak kawan. PHON orang dengki. Ergh..kan dah keluar bahasa dari planet zoragon. Macam2 fitnah dibuat, banyak skandal lah, menggatal lah. Dherrrr...kalau orang yang dekat dengan kita tak nak kawan dengan kita, apa salah nak carik orang lain...adoi..soooo....choi....KAWAN je kot. Kadang2 kita perempuan ni, kalau kawan dengan perempuan pun orang perempuan lain pun dengki jugak..biasalah! iri hati..

so kalau our roomate(s) tegur pun don't be so bitchy lah..sebab orang dah depan mata, yang kita kenal. Takkan sikit2 nak marah, nak meradang..??adhoi..tak nampak diri nyer lah. Lainlah orang yang tegur kat facebook ke, kat twitter ke. Giler kau, kau tak kenal orang tu, tetibe kau nak baik dengan dia..jumpa pun tak pernah..so agak2 jugak kalau mencarik kawan..

ihsan encik Google from Oscar Wilde


~~~~~~~~~~~~~so tolonglah kalau kita rasa kita ada segala yang kita nak, tak perlu nak terlalu menunjuk kot, sebab peoples nowadays memang kerja carik salah orang..me included sometimes..kikikiki..for those yang tak ada banyak kelebihan dalam hidup dia, please behave oke..ada reasons lah tu...mungkin kita bukan seorang penyabar, dan mungkin kita seorang yang tak pernah rasa bersalah dan nak berubah untuk menjadi orang yang tak iri hati dengan orang lain..i said KITE tau!

inspired by my old schoolmate cik F

~wassalam