Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday 15 December 2013

BUATAN ORANG PART4

~Assalamualaikum

sory sangat2 lama tak update blog..bukan apa..masa tak sesuai nak tulis..sebelum nak exam SPM, ayah aku ada cakap kat aku "dah okey dah?kena masuk asrama balik lah sebab nak exam dah ni". Aku faham makna ayat tu. Then aku kata okey.

Masa aku nak daftar masuk hostel balik, aku kena jumpa dengan warden hostel.

"Kalau awak nak dorm  lain pun boleh.."

itu yang dia cakap. So aku rasa lega. that means aku tak perlu dah nak tidur sebilik dengan orang2 macam tu. Cukuplah seksa tu. Aku pun kata kat warden tu yang aku nak bilik dulu. Waktu aku form4. Then warden kata okay.

Ramai la yang terkejut aku pindah bilik. Kawan aku kata "kenapa kau tinggal aku wei? aku sorang2 je kat bilik tu" dalam hati bukan tak kesian, tapi seksa tu aku yg tanggung. Aku pun kata kat dia "At least ko boleh jumpa aku kat bilik prep. kan?" Barula dia tersenyum.

Ada la 5 atau 6 orang kawan2 aku yg sebilik dengan aku waktu form4 dulu. Senang sebenarnya duduk situ. atas surau,kanan toilet,bawah bilik prep. Tak la sunyi sangat. As usual memang susah aku nak lelapkan mata first night kat bilik tu. Sebab budak2 ni combine semua katil and semua tidur kat atas. Aku? no place to sleep actually. So aku tidur kat bawah. Sorang2. Takut? of course takut.

Tiba-tiba ada orang tegur aku, "awak nak tidur bawah sorang2 ke?" and i said "yes. nape?". "tidurlah atas ni, tidur kat sebelah kita, sebab member tak balik lagi". Aku pun okey kan je lah. Baru je nak tertidur, pukul3pagi again aku terbangun. Aku rasa macam ada benda berat kat atas peha aku. Sebab aku tidur mengiring. Okey..bukan hantu ke apa. Kaki budak perempuan tu. And aku baru teringat yang rumours said dia tu lesbian. What the..?? and she's starting freaking me out. Nak peluk bagai. Jadi aku rasa daripada aku ni tergolong dalam golongan Nabi tak mengaku ummat, baik aku tidur bawah. Redha kalau kena kacau dengan iblis.

Esoknya aku ke class seperti biasa. Aku nampak la beberapa muka manusia yang tak puas hati. Ada juga geng2 tu tanya "awak,nape tak pindah bilik tu?". Wah! sejuk rasa hati. Dah siap ugut aku suruh mengaku aku ni curik inner wear korang, boleh pulak tanya macam tu. Nak tau apa aku balas? aku senyum je. Yes seikhlas yang mungkin sebab aku sangat baik waktu tu.

aku tak ingat seminggu atau dua minggu aku duduk hostel. Waktu tu kecoh pasal histeria. Tapi aku cool je lah sebab i think benda tu jadi sebab dyorang stress sangat. Tahu2 lah dah nak trial exam. Hari khamis tu, lepas perhimpunan pagi ada cikgu ni merangkap ustaz dan merangkap warden kata suruh stay kat situ. Dia pun explain pasal kejadian histeria. Dia tanya kalau ada yang memang pernah kena histeria bagitau, atau ada saka ke apa. So kawan aku ni 2orang tak silap aku, keluar dari situ. And dimasukkan dalam bilik. (kuanrintin kononya)

aku tak ingat apa yang cikgu tu suruh kami buat apa. Something like baca ayat kursi sambil imagine lawan jam ke apa entah. Kyteorang buat. Aku sedar2 aku rasa aku takde jantung. Cuma angin kat dada aku. Sejuk.  Aku rasa macam aku boleh kawal minda aku, tapi macam ada benda suruh aku "buat lagi, buat lagi". Aku nampak ada a few dah menjerit. Aku cuma boleh dengar suara aku menjerit, tapi aku tak tau kenapa aku menjerit.

And aku sedar2 aku kat bilik guru. And cikgu class aku perhatikan aku sambil senyum (lelaki pulak tu). "Dila okey? dila stress?" aku tak kata apa2. Aku sedar ayah aku datang and bawak aku masuk dalam kereta. Jari aku lebam, kuku aku lebam. Tangan aku sakit. Ya aku ingat satu benda tu, budak yg bawak gambar aku pegi jumpa ayah sdara dia yang kata nampak muka aku dalam air mecuri tu yg pegang aku. Aku sure sangat.

~bersambung




0 comments:

Post a Comment