Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Wednesday 12 September 2012

siapa aku?

~assalamualaikum

Ceh..memang tajuk aku ni sesuai untuk dikategorikan sebagai tajuk golongan-golongan diva kan? walaupun orang tak nak tahu siapa aku, tapi disebabkan aku meroyan malam ni so korang kena jugak dengar apa yang aku berleter. Ni blog yang ke 3, errr...lupa sebenarnya..yang keempat kot. Kalau ada rekod siapa paling banyak buat blog, maka aku lah pemenang saguhatinya..(cuba untuk merendah diri) :P. Kenapa ni blog yang keempat? Sebab first blog aku, kes tak ingat password. Kes blog yang kedua aku tulis apa benda jadah entah, lama tak bukak pastu lupa password. Blog yang ketiga kena hacked dengan siapa punya keja entah, sampai bergaduh dengan sedara mara sendiri..redha..benda dah jadi..lagi best tu even aku tak bukak untuk 3bulan..tapi member-member aku cakap ada update..oke..itu menarik..ada la belaan aku yang taip..

nama aku nor fadhilah..and..user nama kat mana-mana pun aku letak adieyla malek. Kalau lain sikit tu bukan aku lah tu..Kenapa aku tak letak nama penuh? Sebab dari kecik aku tak suka nama aku..aku tak suka dengan nama aku yang last letter dia huruf 'H'. Berlagak giler lah dila ni kan? And waktu aku form three dulu, aku pernah suarakan ketidakpuashatian (ergh!panjangnya nak tulis) --" aku tentang nama aku. Aku tanya kenapa nama aku tak best bila disebut? Macam tak kena je? Kenapa nama aku tak letak nama Dila ke, Adila ke.. Mak aku cakap tu semua salah ayah aku (cehh..drama klasik oke..). Disebabkan nak senang ingat dan catchy untuk disebut so dia letak nama aku ada 'F'. Akak aku nama dia Norlina oke..(tiba memberontak) takde 'H' pun kat last.. Mak aku cakap dulu memang nak letak nama Adila, kalau letak Dila pendek sangat, dah itu yang abah nak..lepastu sampai sekarang aku mempersoalkan nama aku..hah..pasal nama je panjang berjela..

ini first entry (katanya) and aku masih lagi student. Memang ada je entry sebelum ni..tapi kan, mulut orang ni kita tak boleh tutup lah..orang tengok yg latest blogpost je, then buat kesimpulan. Blogpost dulu tak baca ke awak?

so kali ni aku malas nak spesifikasikan apa yang aku patut tulis..aku tulis pasal kisah hidup aku je lah..aktiviti aku yang tergedik-gedik ni (nak sedar diri ni). Sebab aku rasa orang sekarang online sebab nak senangkan hati..bukan nak sakit hati..so kite enjoy je.. ;)

0 comments:

Post a Comment