Adieyla Abdul Malek

My Photo
adieylamalek
16 june 1991, Kuantan. Single and adorable (pun bolee)
View my complete profile
Feeds RSS
Feeds RSS

Thursday 18 October 2012

Zaman Serba Salah

~assalamualaikum

pernah tak rasa buat itu tak kena, buat ini tak kena? Zaman sekarang memang buat apa-apa pun orang pandang serong. Contohnya kalau korang berpakaian seksi, then ada sorang pak cik ni pandang kau atas bawah atas bawah and kata:

"Tak cukup kain dah nak buat baju?". 

And tiba-tiba pada suatu hari korang rasa nak berubah, korang pun pakai la sopan-sopan, korang terjumpa dengan pak cik tu lagi and dia kata: 

"Hah! dah ada 'isi' lah tu?"




Situasi yang kedua bila korang seorang perempuan yang single (tak berkahwin,tak bertunang dan tak ada boyfriend), tapi pada masa yang sama korang rapat dengan sorang lelaki..and kawan-kawan korang cakap: 

"Alah si Senah tu....suka kat jantan tu lettew! Ishk! Syok sendiri betul kan?". 

Dan disebabkan fitnah orang merata-rata, korang pun buat keputusan untuk tak berkawan dengan lelaki tu dah..malangnya kawan korang akan cakap.. 

"Eh, Senah! Kenapa kau tak berkepit dah dengan jantan tu? Kau tak dapat dia lah tu kan?"



Situasi yang ketiga bila dalam satu komuniti tu, ada seorang hamba Allah yang orang ramai tak suka dengan dia. Disebabkan korang tak nak dikaitkan dengan mana-mana lelaki, korang pun berkawan lah dengan hamba Allah yang dibenci ramai ni. Walaupun korang sebenarnya tak rapat pun dengan hamba Allah tu, orang sekeliling akan nampak korang rapat SEBABnya takde orang nak kawan dengan hamba Allah yang dibenci ramai ni..and orang sekeliling korang akan kata: 

"Hah! Rapat je tu! Ni mesti kawan baik ni. Habislah ada batu api ni"

Korang pun nak elakkan fitnah, dah tak berkawan lah dengan hamba Allah tu..and orang sekeliling akan cakap:

"Kau dah tak kawan ke dengan Milah tu? Dulu kemain rapat kan? Nape? Dah tak tahan dah??"



Dan situasi ni akan terus berlaku. Sedar tak apa yang kita buat, semua orang pandang serong. Lebih-lebih lagi kalau kita ni tak banyak bersosial, tak banyak mulut and bla bla bla. And lebih-lebih korang ni forever alone giteww..

If ada yang pernah berhadapan dengan macam tu, ATAU yang pernah dan selalu pandang serong pada orang bagitau dyorang: 

"Tak bermakna aku diam, aku tak marah dengan korang. Aku ada perasaan. Orang yang jarang marah ni, sekali marah bergegar jantung. Aku boleh buat apa je yang aku suka selagi benda tu Halal di sisi Allah. Tolong la fikir pasal orang lain, hati orang, MARUAH orang terutamanya"

Kerana mulut badan binasa



0 comments:

Post a Comment